Monday, October 24, 2011

~ IBU ~

Ada apa dengan seorang ibu ??? Semua orang pasti pernah mendengar ayat “syurga terletak di bawah tapak kaki ibu”. Tapi sejauh mana kita menghargai ibu kita ? sebagaimana yang kita tahu, banyak anak yang telah membuat ibunya tak ubah seperti sampah. Di mana seorang ibu dihantar ke rumah orang tua-tua dengan alasan hanya untuk sementara sahaja kerana sibuk dengan kerja. Tetapi hari demi hari seorang ibu itu menunggu anaknya untuk membawanya pulang ke rumah. Harapan itu adalah sia-sia belaka. Ada juga yang sanggup membunuh ibu sendiri hanya kerana pentingkan diri sendiri. Nauzubillah. Ada juga yang sering melawan ibunya dengan bercakap kasar sehingga menitiskan air mata seorang ibu. Beginikah kita melayan dan membalas jasa ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan, menyusukan kita, memberi kita makan dan minum, menjaga dan mendidik kita sehingga kita berjaya dan hidup senang lenang pada saat ini. Ingatlah ada insan yang tidak sempat melihat ibunya kerana telah meninggal semasa bayi itu dilahirkan. Kita jarang bersyukur walaupun ibu kita masih ada di sisi kita. Kita sering sakiti hati ibu kita. Kita sering ingkar arahan ibu kita. Kita sanggup meninggikan suara kita kepada ibu kita. Tidakkah kita terfikir betapa kecewanya ibu kita jika kita berbuat demikian. Sanggupkah kita menitiskan air mata ibu kita ke bumi. Tahukah kita bahwa, redha Allah terletak pada redha seorang ibu. Jika ibu kita gembira dengan kelakuan kita, maka Allah turut gembira dengan kita. Tetapi jika hati ibu kita terluka dengan sikap kita, maka Allah akan murkai kita. Ibu adalah orang yang paling hebat di dunia. Di manakah terletaknya kehebatan seorang ibu itu ? jawapannya ialah doanya. Doa seorang ibu sangat makbul. Jadi ambil dan jaga lah hati ibu kita selagi dia masih ada di sisi kita. Jangan tunggu sehingga ibu kita sudah tiada baru kita menyesal seumur hidup. Masa itu, tidak ada guna lagi menitiskan air mata. Kita mingkin boleh cari ibu angkat, tapi nilainya tidak sama dengan ibu kandung kita. Ibu adalah anugerah Allah kepada kita. Kita patut hargainya dan  berbaktilah kepada ibu kita. Sedangkan kita bercakap “ ahh ” pada ibu kita pun sudah dikira derhaka kepada ibu kita. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Masa ibu kita masih ada di sisi kita, kita selalu buat endah tak endah. Ada pula yang jarang balik ke kampung untuk menjenguk ibunya. Masing-masing sibuk mengejar harta dunia. Padahal ada harta yang tidak ternilai harganya yang kita tidak pedulikan. Ibu kita ternanti-nantikan kepulangan kita sehingga jatuh sakit. Ibu merindui anaknya sehingga sakit. Ada juga yang jarang balik ke kampung malah jauh sama sekali untuk menelefon ibunya bertanya khabar berita. Selagi ibu kita berada di muka bumi ini, selagi itu lah anak tidak berasa ibunya seolah-olah akan ada sampai bila-bila. Tahukah kita di manakah ibu kita sekarang ? Apakah yang ibu kita sedang lakukan ? Sihatkah ibu kita pada saat ini ? Selamatkah ibu kita pada masa ini ? Tahukah kita bila ajal ibu kita ? jawapannya sudah tentu kita tidak mengetahui ajal ibu kita. Kadang-kadang kita hanya menghargai sesuatu semasa kehilangannya sahaja. Kita tidak pernah menghargai sepenuh hati kita semasa ia ada di depan kita. Ingat lah..mereka iaitu ibu kita adalah pinjaman daripada Allah S.W.T. jangan kita menyesal suatu hari nanti atas kesilapan dan kelekaan kita. Sesungguhnya manusia selalu dalam kerugian dan kelalaian. Sanjung dan kasihi lah ibu kita kerana mereka banyak berkorban untuk kita. Mereka menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Renung  lah wajah ibu kita, peluk lah ibu kita, mungkin kali ini adalah renungan terakhir kita, mungkin ini pelukkan terakhir untuk ibu kita mungkin ini senyuman yang terakhir yang akan kita lihat sebelum Allah menjemputnya pulang dengan aman di alam lain. Yang paling penting sekali adalah doa kita kepada ibu kita. Doa lah untuk kesejahteraan ibu kita di atas muka bumi ini. Bagi ibunya yang telah meninggal dunia, sedekahkan lah Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. SEKIAN.

~ LUAHAN HATI SEORANG INSAN ~

Monday, October 10, 2011

SUBAHANALLAH......!!!!!

MALAM NI AKU DIKEJUTKAN DENGAN BERITA YANG SUNGGUH MENAKJUBKAN. IAITU MENGENAI BULAN PADA MALAM 09/10/11 YANG ADA LINGKARAN PUTIH DI KELILINGNYA. MASYAALLAH....CANTIKNYA PEMANDANGAN BULAN PADA MALAM NI. AKU SUKA DENGAN TARIKH DIA YANG JUGA CANTIK [ 09/10/11 ]. TARIKH BERSEJARAH TU... APA-APA PUN BULAN MALAM NI MEMANG CANTIK...ITU LA KEKUASAAN ALLAH YANG TIDAK DAPAT DIDUGA...