Sunday, March 25, 2012

Balik Rumah Sorang-sorang

Home Sweet Home...!!! :D

Minggu ni aku balik rumah sorang-sorang je. Hari jumaat lepas sepatutnya aku balik naik bas pukul 7. Tu pun sebab petang tu ada test ET. lepas tu test tu dianjakkan pukul 11, tapi petang ade taklimat untuk final exam. Disebabkan ramai budak kelas aku yang tak pergi, so aku pun buat keputusan balik kampung naik bas ke KL walaupun aku dah beli tiket pukul 7. RM13 m elayang macam tu je lah. Tapi nak balik punya pasal apa pun sanggup. sekarang aku dalam perjalanan nak balik rumah sewa. macam biasa lah, tiap kali nak balik rumah sewa je aku muram sikit lah. ye lah tak puas duduk kat rumah walaupun dah bertahun aku duduk kat rumah tu. maklum lah, tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula rumah aku sendiri.


hari ni sempat juga lah aku pergi shopping barang perkahwinan abang saudara aku. pukul 1.30 aku sampai rumah. Nasib baik juga aku pilih naik train ETS, daripada aku naik bas. boleh gak aku lepak kat rumah lama sikit. lagi satu tak ada aku kelam kabut nak balik. semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah....

Balik rumah sewa naik train ETS.
cuaca hari ni pun ok juga, hujan sekejap je tadi. balik kampung kali ni sunyi sikit lah sebab kaklong tak ada, dia pergi praktikal dekat johor. tapi nasib baik Onyen ada, tak ada lah aku sunyi sangat. Onyen tu kucing kesayangan aku.
Kucing kesayangan ku..!!! ONYEN !!! Comel kan.

walaupun aku tak boleh bercakap dengan dia. tapi aku rasa dia faham aku kot. kalau aku ada dekat dengan dia je aku rasa tenang. tenang sangat tengok muka dia yang comel tu. kaklong praktikal 2 bulan pulak tu, dah lah bulan 5 nanti aku kena jadi pengapit. maklang aku pun satu, apasal lah pilih aku jadi pengapit. aku ni dah lah darah gemuruh bila depan orang ramai. nanti silap-silap bukan aku yang lap peluh dengan kipas pengantin tapi sibuk duk lap peluh dengan kipas diri sendiri. tapi dak maklang mintak tolong sangat-sangat redah je lah. ketepikan soal pengapit tu kejap, sebab sebelum tu, aku kena jawab soalan final exam dulu, sem ni aku nak dapat pointer 3 point ke atas. kalau boleh sampai sem 6 aku nak macam tu. amin insyaAllah. sem 2 ni aku tak tau kenapa aku agak malas berbanding sem 1. maybe tu dugaan kot. aku akan cuba maintain kan prestasi aku untuk dapat pointer 3 point ke atas. insyaAllah. okay lah penat dah aku taip ni, ada sejam setengah lagi nak sampai stesen Tanjung Malim. nak relax jap lah. ok tata everybody.