Sunday, August 18, 2013

Kawan Lama

Assalammualaikum...

Sudah sekian lama aku dah meringankan jari aku untuk menulis blog ni sampaikan nak sign in pun aku hampir terlupa apa password blog aku ni . Sedih kan hidup aku ni . Memandangkan kita masih dalam mood raya , so aku nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua yang mengenal diri ini mohon ampun zahir dan batin , halalkan segala makan dan minum . Walaupun rasa macam dah terlambat je nak ucap selamat hari raya ni aku tetap nak ucapkan jugak . 

Sebelum tu sapa aku nak tanya , siapa ada dapat kad raya untuk tahun ni . Siapa yang dapat tu mungkin anda bertuah lah sebab aku tak dapat even secebis kad raya pun . Apatah lagi bila dah tua bangka dan berada dalam era kemodenan ini . Cehwah.. ayat nak novel je . Bila kita imbas balik saat-saat kita rajin menulis kad raya then bagi kat kengkawan sekolah dulu memang best kan . Aku ingat lagi , last aku hantar kad raya masa aku umur 15 tahun ( form 3 ) . Lepas tu dah takda dah main kad-kad raya ni semua dan aku pun tak pernah dapat lagi kad raya sampai lah umur aku dah mencecah 20 tahun sekarang ni . 

Tapi...

Kad raya yang korang dapat tu atau korang bagi kat kengkawan korang tu sebenarnya boleh dijadikan sebagai kenangan yang paling manis dalam hidup korang selain boleh mengeratkan semula silaturrahim . Atau dalam bahasa modennya eratkan jalinan . Nak dijadikan cerita , beberapa hari yang lepas aku scroll ke atas ke bawah account instagram aku . Then tetiba ada gambar dari kawan sekolah aku masa aku tingkatan 3 Lily Ain , post gambar kad raya yang aku pernah bagi dia dulu dan caption dia bertulis " rindu kaw @arfiyzboys sgt2 " . Aku yang tengok gambar tu pun rasa nak menitis je air mata aku ni . So sweeeeettttttt.........

Lama jugak lah aku tak jumpa or berborak dengan dia . Ada lah dalam 5 tahun macam tu . Dulu masa kat sekolah selalu gelak sama2 . yelah lah kan mestilah gelak sama2 , takkan nak gelak sorang2 pulak . Banyak lah jugak kenangan manis kami bersama . Ceh.. macam program jejak kasih pulak . Masa aku dok tenung dan teliti gambar tu betul-betul , baru aku perasan yang sebenarnya tulisan aku ni cantik jugak masa sekolah dulu . Sampai lah sekarang . * ( perasan sekejap ) hahahaha..... Kau ade...

Sebenarnya aku pun rindu kat kengkawan sekolah lama aku . Nak gi beraya pun tak sempat sebab cuti raya tahun ni kojap bonar . Tak sempat nak happy2 dah kena balik menjalani kehidupan sebagai seorang pelajar . Apo nak buek jang . So kepada kawan-kawan yang masoh mengingati aku , sebenarnya aku pun tak lupa kat korang semua walaupun kita dah lama tak jumpa . Hope suatu hari nanti kita boleh jumpa and borak sampai pagi . 

                     
                                        Ensem tak aku...ensem kan..tau tu... heee....


                                      
                                                         kad raya masa tingkat 3

Tuesday, April 16, 2013

CONGRATULATION !!!

Assalammualaikum...

Tanggal 13/4/2013 bersamaan hari Sabtu yang lepas merupakan hari bersejarah buat akak aku yang bernama Nurhanis Nadia Binti Md Isa . Hari itu merupakan hari jubah akak aku . Kalau ada sesapa yang tak paham hari jubah tu apa , hah.. haru jubah tu ialah hari Konvokesyen sebenarnya . Saja nak bagi ayat gempak sikit . Walaupun tak gempak mana pun sebenarnya . Setelah penat dan berhempas pulas belajar selama 3 tahun dalam jurusan Diploma In Nursing . Akhirnya , satu majlis yang gilang gemilang yang dinantikan setiap student IPT iaitu hari konvokesyen telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya International Convention Centre (PICC) .

Ayat aku ni dah macam ayat dalam surat khabar Utusan Malaysia lah pulak . Takpa lah , sekali sekala kata ko..

So tak nak mengarut panjang sangat , hari tu kitorang 1 family termasuk pakteh aku yang beria-ria nak hantarkan ke PICC tu bertolak seawal 4 pagi kalau kau nak tau . Maknaknya kirorang kena bangun pukul 3 pagi kalau kau nak tau lagi sekali . Dah macam orang nak pergi menoreh getah je aku rasa . Bak kata pakteh aku nanti takut susah nak cari parking . Lagi pun ramai orang yang datang nantikan , bukan kau sorang je .

Sampai sana dalam pukul 5.30 pagi , memang tersangat lah awal nya kan . Event pun start pukul 7 pagi , so ada 1 jam setengah lagi nak tunngu sebelum majlis start . Berjanggut lah jugak nak tunggu sejam lebih tu . Perut aku pulak tetiba lah nak sakit . Tapi nasib baik perut aku tak meragam , so aku boleh tahan lagi lah .

First time aku datang dekat PICC ni , memang best lah wa cakap sama uols.. pemandangan pun cantik je . Tapi masa aku sampai tu memnag tak nampak apa lah , pukul 5.30 apa je yang boleh kau nampak . Masuk je dekat lobi PICC tu dah nampak bersepah-sepah orang jual bunga . Alah bunga yang ada bear tu . Ayah aku pun belikan lah satu bunga tu untuk akak aku . Harga bunga tu tak payah nak citer lah kan , aku rasa semua orang dah boleh agak berapa harga bunga tu . Harga bunga yang jual dekat dalam memang mahal , kalau nak beli bunga better beli bunga yang ada jual dekat luar . Tapi masalahnya , aku tak nampak pun ada orang jual bunga dekat area luar tu . It's okay.. bukannya selalu pun , sekali seumur hidup . Kalau sesapa yang ambik ijazah tu lain citer lah .

Dewan PICC
Mula-mula ayah dengan ibu yang nak masuk dekat hall . Tapi tetiba ayah aku ubah fikiran then suruh aku dengan ibu je yang masuk . Ayah nak pergi makan , dah lapar sangat katanya . Mula-mula nak masuk excited jugak lah aku , tapi bila event tu dah start mula lah aku menguap and mata pun rasa nak lelap je . Mana tak nya kalau dia umumkan sorang demi sorang nama student . Berapa ramai pulak graduates yang ada hari tu . Lepas je tengok akak aku naik stage ambik scroll tu [tak pasti ejaan aku tu betul ke tak] aku dengan ibu decide nak keluar je sebab penat sangat duduk lelama dalam tu . Dah keluar tu sempat lagi posing sana posing sini ambik gambar . Ye lah bukannya selalu datang sini kan . [dah nampak dah keterujaan aku di situ]

Posing ala-ala model mat bunga giteww...

Yang paling aku suka dekat PICC ni , dia punya escalator . Sebab escalator dia tak sentiasa bergerak 24 jam . Dia bergerak bila ada orang pijak escalator tu and then baru binatang tu bergerak . [ gayat tak aku ] Benda macam tu pun nak teruja bagai . Ye lah dekat rumah aku takda escalator macam tu . HaHa...

Apa-apa pun TAHNIAH lah kepada semua graduan KLMU terutama kepada my sister . tahniah sekali lagi kerana memberi aku semangat untuk belajar rajin-rajin dan aku dapat cemerlang dalam pelajaran aku . InsyaAllah , moga itu menjadi satu azam , semangat , serta doa bagi diri ku ini . Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin..

Congratulation !!! ^_~

Monday, February 18, 2013

Berjaya Menculik Si Comel

Assalamualaikum...

Berdasarkan tajuk entry je mesti mempamerkan kejahatan aku kan. Sebenarnya aku tak lah sejahat yang korang sangka. Ecewah..
Aku bukannya culik bayi ke.. budak bawah umur ke apa. Tak culik anak sesiapa pun. So makcik makcik yang dekat luar sana tu jangan risau lah. Anak makcik semua selamat, insyaAllah. HaHa.. Kes menculik ni, memang betul pun aku dah menculik. Tapi bukan orang. Anak kucing yang aku culik sebenarnya. Kucing pun kena culik kan. Bahaya betul zaman sekarang ni. Kucing yang tak bersalah pun kena culik. Ishh...Ishh...Ishh...

Al kisah sebenarnya...

Semalam, aku , ibu dengan kakak aku pergi ke pasar. Jangan tanya pergi pasar tu nak buat apa. Tak kan nak shopping baju pulak kan. Lepas tu, kakak aku pun nampak lah anak kucing yang agak comel jugak. Lepas tu dia cakap dengan aku "bawak kucing tu balik nak tak ?". Aku pun tengok lah kucing tu, nak kata comel tu comel lah jugak. Tapi ekor dia kontot lah. (kalau tak tau apa tu kontot, korang boleh tanya je dekat pakcik google) . Lepas tu, kitorang pun perhati je lah kucing tu sebab nak bawak balik. Tapi segan nak ambik terus sebab orang ramai masa tu. So, aku dengan kakak aku pun buat-buat lah beli cendol kat tepi tu sambil perhatikan kucing tu then fikir macam mana nak ambik. Lepas je kitorang bayar cendol tu semua, kitorang pusing je belakang tengok kucing tu dah takda. Ni semua makcik jual cendol tu punya pasal, bungkus cendol lama sangat. Tak memasal je makcik jual cendol tu dipersalahkan. Then, kitorang pun pasrah and redha ke hadrat ilahi je lah. (wah..!! Ayat kau, macam ayat novel Setia Hujung Nyawa lah) .

Esoknya pulak masa aku dengan akak aku pergi kedai, tetiba akak aku cakap "apis, jom pergi pasar cari kucing semalam tu nak ?" . Aku pun fikir punya fikir. Lepas tu aku pun bawak je lah kereta pergi pasar. Sampai je dekat pasar tu takda orang. Kira line clear lah sebab selalunya hari minggu ada pasar minggu dekat tempat lain. So peniaga semua dah berambus meniaga dekat tempat pasar minggu tu. Aku pun bawak kereta slow sangat sambil cari-cari kot kot lah ternampak kucing tu melintas boleh kidnap terus bawak masuk dalam kereta. Lepas tu tetiba akak aku bersuara "kita ni dah macam sesuatu je bawak kereta slow slow sambil pandang kiri kanan" . Bila aku fikir balik betul jugak tu, dah macam penjenayah dah aku rasa. Aku pun jalan punya jalan, tetiba nak sekor kucing tengah duduk relax relax sebelah kotak. Aku brek kereta terus usha line tengok ada orang ke tak. Padahal memang takda orang pun, cuma ada lah pakcik tu tengah duduk berhampiran dengan kucing tu. Aku jalan dekat kucing tu, then terus ambik kucing tu bawak masuk dalam kereta tanpa menoleh kiri kanan. Masuk je kereta, tutup pintu terus pecut macam nak tercabut tayar kereta tu. HaHa.. Nampak sangat macam penjenayah kan. Padahal nak ambik kucing tu je. Dalam kereta tu aku dengan akak aku pun gelak sakan lah kan. Akhirnya misi aku nak kidnap kucing tu berjaya la jugak.

Nak tau apa nama kucing tu ? Nama kucing tu ialah " AJI BOY" !! Nak tau sebab apa ? Sebab masa bawak kucing tu balik, Ibu tengah tengok citer ajiboy. Tak lama lepas tu ibu tanya :

Ibu : apa nama kucing ni ?
Kaklong : Ajiboy lah.
Ibu : Haah lah, betul jugak tu.

Apa yang betul aku pun tak tau. Lepas tu melekat dan muktamad lah nama kucing tu " Aji boy " . Tak memasal je dapat nama tu. Nasib baik ibu tengok citer tu. Kalau ibu tengok citer yang tajuk dia pelik, tak ke kesian kucing tu dapat nama pelik. Kucing zaman sekarang pun nak nama yang glamour jugak kan.

Monday, February 11, 2013

Mengantuk Tengok wayang

Assalammualaikum...

Entry kali ni aku nak citer pasal aku pergi tengok wayang hari tu . Pergi tengok wayang pun nak citer kan . Mengada-ngada betul . Macam first time je tengok wayang . padahal dah berpuluh-puluh citer aku tengok .

Cerita dia pada hari sabtu lepas ,
Kawan aku yang study dekat Melaka tu balik sempena cuti Haru raya cina ni . So , dia pun ajak lah aku keluar pergi Seremban . aku mula-mula malas jugak nak keluar . Tu pun sebab tengah sengkek sekarang ni . Kalau tak , aku yang paksa orang keluar merayau . Jahat tak aku . Bila fikir-fikir balik , duduk umah pun takda apa yang nak dibuat . Nak kemas umah memang tak lah kan . Rajin pulak aku .

Dalam pukul 4 aku jemput kawan aku dekat kedai mak dia . Sampai je aku kat kedai mak dia tu , dia terus naik kereta . Terkesima jugak aku sekejap sebab terkezut tetiba je ada orang masuk . Aku tak sempat tarik handbrake pun lagi . Lepas tu kawan aku tu terus bersuara :

"Dekat luar panas , dalam kereta sejuk sikit"

Aku pun tak cakap apa-apa terus jalan menuju ke destinasi yang dirancang . Ececeh.. ayat nak skematik . Kitorang cadang nak lepak Jusco je sebab nak pergi Popular beli buku . Mentang- mentang dah dapat voucher buku . kemain lagi kau kan . Kalau tak jangan harap kau nak beli buku . Jangan kata nak beli buku , Kedai buku pun kau tak nak pandang . Bila sampai je dekat Jusco , tetiba aku terfikir yang parking mesti penuh punya . Lagi-lagi dah nak raya cina dah ni . Confirm penuh punya lah parking . Tapi alhamdulillah , aku masuk je ade orang nak keluar , so apa lagi lah kan . Berbunga-bunga lah hati aku . Tak payah nak bazirkan tenaga aku nak cari parking .

Lepas habis je beli buku tu semua , kitorang plan nak tengok wayang pulak . Citer "Hantu Kak Limah 2 : Usin , Mon , dan Jin Pakai Toncet" . Dia punya tajuk cerita je dah panjang menjela . Semput nafas aku nak cakap dengan akak kaunter tiket tu . HaHaHa... Lepas je aku cakap tajuk citer yang panjang menjela tu , akak kaunter tu cakap yang pukul 8 lebih punya tiket dah penuh . Kalau ada pun m seat yang belah depan . Kalau tengok memang sakit lah kepala kau nak mendongak sampai citer tu abis . Lepas tu akak tu suggest amik yang midnight punya pukul 11.55 p.m . So , kitorang pun amik je lah . Lepas beli tiket , aku temgok jam baru pukul 8.40 p.m . Ada lagi 3 jam lebih citer tu nak start . So , perut pun dah lapar . pergi lah makan kejap . lepas makan tengok lagi jam baru pukul 9.30 p.m . Ada lagi 2 jam lebih lagi . Apa nak buat , nak jenjalan pun , kedai dengan mall pun dah tutup dah . Aku pun saja je lah bawak kereta perlahan mengalahkan siput sedut sebab nak haniskan masa . Pukul 10 aku masuk balik dekat Jusco . Lepas parking , kawan kitorang duk melepak dalam kereta sampai 2 jam semata-mata nak tunggu wayang start . 2 jam tu bukannya kejap . Mata pun dah mengantuk . Aku dengan kawan aku pun dah salah menyalahkan antara satu sama lain .

Liana : Ni kau lah ni Apis . Nak jugak tengok wayang tengah2 malam ni.
Aku   : Apa pulak aku . Aku ikut je kalau kau nak tengok aku temgok lah sekali . Ni salah kau jugak .
Liana : Haish... kalau tak kita dah tido dah time macam ni .
Aku   : Haah kan . Kalau tak kita dah melingkar dah dekat atas katil .

Lepas tu memasing gelak tak berenti .

Tengok jam dah pukul 11.40 macam tu l kitorang pun masuk . Dengan mata kuyunya dengan selamba kitorang masuk beli popcorn bagai . Orang tengok mesti pelik punya . Tapi okay lah bila
masuk , citer start je . Tetiba mata jadi segar sebab citer tu mula-mula je dah kelakar dah . Mengantuk pu jadi hilang lah sekejap . Ada satu part tu memang aku gelak sakan lah sebab lawak gilerr . Overall citer ni memang best + Terbaaeekkkkk lah . Tak rugi lah aku bersengkang mata menahan ngantuk sebab nak tengok citer ni . 

Sampai je aku dekat rumah terus tukar baju , basuh muka , lepas tu terus tido tak sedar diri . Orang cina memekak main mercun kat luar tu pun aku tak dengar sebab dah ngantuk tahap gaban . 
HaHaHa... Okay , that's all yang aku nak citer . K bye . 

Monday, December 31, 2012

Keris Mistik & Kesaktian

Assalammualaikum....

Hari ni aku dengan ibu & ayah pergi ke Klang saja nak melawat akak aku yang kerja dekat sana . Sesambil datang melawat tu ibu pun bawak lah lauk ikan siakap tiga rasa [yummm...yummm...] . Sepatutnya 4 rasa , yang last sekali rasa kenyang . [HaHaHa...lawak..] . So tak perlu lah aku citer pasal aku pergi Klang tu sebab tengok tajuk entry pun dah lari tajuk dah .

Di pendek kan citer yang tak panjang pun sebenarnya...

Dalam pukul 3 aku dah gerak balik dari Klang to Seremban . Disebabkan masa pun banyak lagi . Ibu pun ajak aku " pergi muzium nak tak..?? " . Aku pun fikir punya fikir kalau balik rumah awal- awal pun bukannya ada buat apa apa pun . So pergi je lah , lagi pun muzium seremban tengah ada pameran keris sekarang ni . Sempena cuti sekolah ni . [yang dah tak sekolah macam aku pun still boleh pergi..haha...] .
Muzium Seremban , Negeri Sembilan . 

Dalam pukul 4.15 sampai seremban , then terus pergi muzium seremban . Mula-mula jenjalan dekat luar muzium dulu ambik angin kejap . Sempat lah tengok rumah Negeri Sembilan masa dulu-dulu . Memang cantik lah senibina rumah tu . Sungguh halus dan mulus . [ececeh...] . Lepas tu masuk dalam pulak nak tengok pameran keris . Sesampai je dapan kaunter jual tiket tu . Orang tu buat dekk je dekat aku . Macam aku tak wujud pulak dekat situ . Aku pun konfius diorang ni pekerja situ ke atau saja dok melepak kat situ . Then aku pun acah-acah lah nak masuk terus . Baru lah ada sorang hamba Allah ni bersuara " Ehh..bayar dulu" . Banyak lah kau punya " Ehh..." . Lama aku terpacak dekat situ macam orang bodoh . Ingat aku nak interview jadi guard ke situ . Sepatutnya sambut lah pengunjung yang datang . Ini buat macam takda pape yang berlaku je . Kan dah tak memasal aku lepas geram kat sini . [tarik nafas...hembus....] .

So aku pun tengok lah keris keris lama yang ada dekat dalam tu . So amazing...!!! Cantik dan unik wa cakap sama lu . Macam macam keris ada . Ada yang pendek tu biasa lah tengok kat dalam TV . Tak sangka keris yang panjang macam pedang pun ada . Teruja aku dalam tu . Rasa nak jerit je kuat kuat sebab teruja sesangat . Jalan punya jalan , sampai kat satu sudut tu aku dapat rasa satu semangat atau macam satu aura . Aku pun seram lah sekejap lepas tu aku fikir " ni mungkin perasaan aku je ni kot " . Aku pun buat tak tau je lah . Takda lah aku citer dekat ibu and ayah . Susah jugak aku nak citer macam mana aku rasa aura dia tu . Allah je lah yang tau . Then aku masuk pulak satu bilik ni yang ada ikan duyong dalam tu . Tetiba ada pakcik tu tanya " Rasa rasa tu real ke tak..?? " . Aku pun teka je lah " Tak kot.. " , Lepas tu pakcik tu cakap " Duyong tu real punya " . Tak sangka pulak aku yang ikan duyong ni betul-betul wujud . Memang seram sikit lah kalau korang tengok .

Antara keris yang ada . 

Lepas tengok semua benda dalam tu , Then aku jalan balik dekat area keris tu . Lepas tu ibu aku cakap masa dia lalu dekat kawasan keris yang aku rasa ada aura tadi tu , ibu pun rasa sesuatu jugak dekat situ sampai berdiri la jugak bulu roma . Aku ingat aku sorang je rasa , ibu aku pun rasa jugak . Hebat betul aura keris tu . Maklum lah , keris lama kan . Memang mistik betul keris tu semua . Memang TERBAAEEKK lah pergi pameran keris nih . Tak rugi lah aku sesaja singgah dekat muzium nih . Yang paling best dapat rasa aura keris tu . Aku pun tak tau lah itu aura keris tu atau perasaan aku je . Tapi ibu pun rasa benda yang sama di tempat yang sama . Pelik dan penuh misteri .

Saturday, December 29, 2012

#Kampung Orang Asli #Solat Jumaat #Super Ring

Assalammualaikum....


Berdasarkan tajuk entry di atas mesti nampak macam pelik . Macam ada sesuatu je . Ini yang den nak kobar kan . Minggu ni merupakan minggu ke-2 aku praktikal di TNB Kuala Klawang . So hari ini aku dengan Team SAVR *(Sesalur Atas Voltan Rendah) menerima tugasan untuk membaiki kabel yang dah menyembah bumi akibat ade pokok yang tumbang , then terkena kabel . Kejadian berlaku dekat perkampungan orang asli . [macam baca berita pulak dah] . Nama kampung tu " Kampung Esok " . Kira ni kali pertama aku jejakkan kaki aku yang bersaiz 10 ni dekat perkampung ni , even dah 19 tahun aku duduk dekat jelebu ni . Tengok nama
kampung dia pun kita dah boleh agak berapa lama kita nak sampai kampung tu . Kalau hari ni kau gerak , esok baru kau sampai . Sebab tu nama dia Kampung Esok . Dah lah jauh tempat dia , lepas tu jalan dia pulak ya rabbbi.... Aku yang duduk dalam lori TNB tu dah rasa macam gempa bumi pun ada . Terloncat sana tercampak sini tertonggeng terduduk semua ada lah . Pakej orang kata . So , jalan punya jalan punya jalan akhirnya sampai jugak dekat kabel yang kena hempap pokok tu . Then , Team pun buat kerja senggaraan macam biasa and finally kabel tu berjaya ditegangkan semula . Kerja tu tak sampai 10 minit dah siap . Macam tak berbaloi pun ada aku rasa . Jalan bapak dia punya lah jauh , 1jam lebih baru sampai . Then buat kerja tak sampai 10 minit pun . Ini lah dugaan namanya . [sabar je lahh] .

Hari jumaat kebiasaannya aku rehat pukul 12.30 . Tapi sebab kerja dah settle semua , pukul 12 aku dah blah balik rumah nak makan . Lapar dah perut aku ni hah . Lepas makan tengah hari . Golek golek kejap atas katil lepas tu pergi mandi siap siap pergi solat jumaat . Sampai je dekat masjid aku nampak ada kemah bebanyak entah ada apa aku pun tak tau . Aku pun jalan selamba dek je lah . Then aku pun ambil air sembahyang lepas tu aku tengok dalam masjid yang saf depan depan tu kosong . Aku pun ape lagi lah terus melangkah dengan penuh keyakinan duduk dekat saf depan . [dapat pahala lebih sikit ye dok] . Tak lama lepas tu Pengerusi JKKK pun buat announcement . Semua jemaah dijemput makan tengah hari bersama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim . Aku dah kenyang baru nak ajak makan . HaHaHa.... Tak sangka pulak hari jumaat terakhir tahun 2012 ni aku dapat berjemaah dengan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan . First time aku jumpa menteri depan mata aku . InsyaAllah aku akan jadi Menteri suatu hari nanti . [perasan la pulak mamat ni] . Ehh mana lah tau kan . Lepas selesai solat jumaat aku pun tak lepaskan peluang bersalaman dengan Dr, Rais Yatim . Senyum je dia tengok aku . Maybe dia nampak bakal menteri nanti kot . HaHaHa... [tolong lah ea , jangan nak perasan lelebih pulak] .


Lepas solat aku kena masuk kerja balik pukul 2.30 . Sampai je dekat ofis duduk duduk kejap . Kejap tak kejap jugak lah . Sampai pukul 4.30 kerja aku duduk je dekat ofis tu . Takda kerja rupanya petang tu . Kalau tau aku tak datang tadi . Baik tidur kat rumah lagi syok . Pukul 5 aku punch card , start enjin kereta terus balik . Dalam perjalanan balik tu tetiba pulak aku ngidam keropok "Super Ring" . Aku punya mengidam dah macam perempuan mengandung anak kembar 5 dah . Aku pun singgah lah kat memana kedai runcit nak beli mende alah tu . Sampai je kat kedai aku pun cari keropok tu . tengok takda pulak . Aku pun pergi cari kat kedai lain pulak . Tengok takda jugak . Aku pergi lagi kedai lain cari . O M G !!! takda jugak . Apehal semua kedai takda jual Super Ring nih . Aiyoo... time aku nak pulak menda alah tu takda . Aku pun pergi lagi satu kedai yang jauh sikit dari rumah aku tu . Finally jumpa jugak . Puas hati aku . Aku dengan rakusnya ambik 3 bungkus sekali , lepas tu pergi bayar . [geram punya pasal] . Sampai je dekat rumah mandi lepas tu aku melantak puas puas keropok Super Ring yang bersusah payah aku cari tu sambil layan movie "Istanbul Aku Datang" dalam laptop . Seronok aku rasa masa tu . HaHaHa...

Sunday, December 23, 2012

Akhirnya...Kini Pasti...

Assalammualaikum...

Hamboi kau . Tajuk entry macam nak nyanyi lagu Anita Sarawak pulak . Anita Sarawak mesti bangga kalau dia tau aku tulis lirik lagu dia sebagai tajuk entry aku . HaHaHaHa... Sebenarnya apa yang dah berakhir and apa yang dah pasti ni ?? Cer citer sikit ...

Ceritanya bermula pada pagi yang hening , Tanggal 17 Dec 2012 . Hari tu aku kena lapor diri untuk start aku punya praktikal . So dengan semangat kesukanan yang jitu aku pun bangun awal pagi dengan mata ibarat disangkut dengan tong gas . Nak tak nak kena bangun jugak takut nanti lambat pulak pergi kerja . Dah lah first day , tak kan nak lambat pulak . Aku kalau bab bangun pagi ni memang liat sikit la . Kecuali kalau nak pergi holiday ke jenjalan ke memang cepat la aku bangun . Orang lain belum bangun lagi aku dah siap tercongok depan pintu [semangat terlebih

Stop mengarut dulu then aku sambung cerita tadi . pukul 7.45 am aku dah gerak ke tempat kerja yang x jauh pun dengan rumah aku . Saje pilih tempat praktikal dekat dekat rumah . Senang sikit . Yang penting jimat kos . HuHuHu... Bila dah sampai je then dah settle semua benda lepas tu orang yang incharge aku tu cakap minggu ni aku duduk dalam ofis je dulu . Minggu depan baru buat kerja dekat luar . Bunyinya pun macam menarik je lah . Dalam hati aku pun gembira je lah sebab duduk dalam ofis je . Boleh feeling2 macam orang pejabat kan [HaHaHa..perasan je kau]

For the first week ni aku duduk dalam ofis just baca PSI . [PSI tu ape ea..???] . Maksud sebenar PSI tu dari segi perkataan aku tak tau . Tapi dari segi istilah dan tatabahasa tu maksud dia semua prosedur yang digunakan dalam semua TNB di seluruh Malaysia ni . Actually aku praktikal dekat TNB . Dah ambik course Electrical Engineering kan . [ecehwah..] Untuk hari pertama okay lagi lah , boleh layan lah jugak baca prosedur dia sampai aku rasa nak muntah dah baca semua tu . kengkadang aku pun naik confuse , aku ni ambik bidang pejabat ke bidang electrical . [dah bos suruh , aku buat je lah . ape pun tak boleh]

Habis semua tu masuk pulak hari ke-2 aku un naik baring + menyampah tengok fail yang tebal sejengkal tu . Rasa nak baling je kat dinding tapi fail orang kan . Nanti kena halau , aku juga yang susah . Masuk hari ke-3 , adelah pekerja dekat situ yang kesian tengok muka aku yang asyik mengadap fail je memanjang . Dia pun kata bos tu pening sebab suruh aku duduk ofis je . Dia pun bawa aku pergi potong elektrik dekat rumah orang yang tak reti reti nak bayar bil sampai berbulan bulan . Aku pun seronok je lah sebab dapat juga jenjalan daripada mengadap fail dekat ofis tu . Tapi satu je lah .  Kerja potong elektrik ni kejap je . Pukul 8 keluar lepas tu pukul 9.30 dah balik ofis semula . So kena la hadap fail lagi . Tapi aku tak tengok pun . Aku buka komputer dekat situ then aku bantai main game . [ade aku kesah] Dah takda kerja nak buat .

Ni lah meja ofis aku..hari2 hadap benda ni je..
Hari ke-4 , aku still buat benda sama je . tapi kali ni aku nak hilangkan boring aku punya pasal . Aku bawa earphone then dengar radio sambil main game dekat komputer . Dari pagi pukul 8 pagi sampai balik pukul 5 petang aku layan radio dengan main game . Kalau aku dapat kerja macam gini nanti memang syok wa cakap sama lu . Duduk goyang kaki je . Jadi bos pun belum tentu boleh dengar radio sambil main game . Begitu juga untuk hari yang ke-5 . Benda sama je aku buat . Muak sangat dah aku ni . Nasib baik seminggu je . Then hari sabtu ahad cuti . Kira azab aku duduk dalam ofis tu selama seminggu dah tamat sudah . Itu yang rasa happy sesangat tu . Next week dah start kerja dekat luar . Harap aku dapat kumpul ilmu sebanyak mungkin sampai aku berjaya suatu hari kelak .

InsyaAllah . Amin Ya Rabb .

Ni antara game yang aku main . Itu je yang ade .