Monday, February 18, 2013

Berjaya Menculik Si Comel

Assalamualaikum...

Berdasarkan tajuk entry je mesti mempamerkan kejahatan aku kan. Sebenarnya aku tak lah sejahat yang korang sangka. Ecewah..
Aku bukannya culik bayi ke.. budak bawah umur ke apa. Tak culik anak sesiapa pun. So makcik makcik yang dekat luar sana tu jangan risau lah. Anak makcik semua selamat, insyaAllah. HaHa.. Kes menculik ni, memang betul pun aku dah menculik. Tapi bukan orang. Anak kucing yang aku culik sebenarnya. Kucing pun kena culik kan. Bahaya betul zaman sekarang ni. Kucing yang tak bersalah pun kena culik. Ishh...Ishh...Ishh...

Al kisah sebenarnya...

Semalam, aku , ibu dengan kakak aku pergi ke pasar. Jangan tanya pergi pasar tu nak buat apa. Tak kan nak shopping baju pulak kan. Lepas tu, kakak aku pun nampak lah anak kucing yang agak comel jugak. Lepas tu dia cakap dengan aku "bawak kucing tu balik nak tak ?". Aku pun tengok lah kucing tu, nak kata comel tu comel lah jugak. Tapi ekor dia kontot lah. (kalau tak tau apa tu kontot, korang boleh tanya je dekat pakcik google) . Lepas tu, kitorang pun perhati je lah kucing tu sebab nak bawak balik. Tapi segan nak ambik terus sebab orang ramai masa tu. So, aku dengan kakak aku pun buat-buat lah beli cendol kat tepi tu sambil perhatikan kucing tu then fikir macam mana nak ambik. Lepas je kitorang bayar cendol tu semua, kitorang pusing je belakang tengok kucing tu dah takda. Ni semua makcik jual cendol tu punya pasal, bungkus cendol lama sangat. Tak memasal je makcik jual cendol tu dipersalahkan. Then, kitorang pun pasrah and redha ke hadrat ilahi je lah. (wah..!! Ayat kau, macam ayat novel Setia Hujung Nyawa lah) .

Esoknya pulak masa aku dengan akak aku pergi kedai, tetiba akak aku cakap "apis, jom pergi pasar cari kucing semalam tu nak ?" . Aku pun fikir punya fikir. Lepas tu aku pun bawak je lah kereta pergi pasar. Sampai je dekat pasar tu takda orang. Kira line clear lah sebab selalunya hari minggu ada pasar minggu dekat tempat lain. So peniaga semua dah berambus meniaga dekat tempat pasar minggu tu. Aku pun bawak kereta slow sangat sambil cari-cari kot kot lah ternampak kucing tu melintas boleh kidnap terus bawak masuk dalam kereta. Lepas tu tetiba akak aku bersuara "kita ni dah macam sesuatu je bawak kereta slow slow sambil pandang kiri kanan" . Bila aku fikir balik betul jugak tu, dah macam penjenayah dah aku rasa. Aku pun jalan punya jalan, tetiba nak sekor kucing tengah duduk relax relax sebelah kotak. Aku brek kereta terus usha line tengok ada orang ke tak. Padahal memang takda orang pun, cuma ada lah pakcik tu tengah duduk berhampiran dengan kucing tu. Aku jalan dekat kucing tu, then terus ambik kucing tu bawak masuk dalam kereta tanpa menoleh kiri kanan. Masuk je kereta, tutup pintu terus pecut macam nak tercabut tayar kereta tu. HaHa.. Nampak sangat macam penjenayah kan. Padahal nak ambik kucing tu je. Dalam kereta tu aku dengan akak aku pun gelak sakan lah kan. Akhirnya misi aku nak kidnap kucing tu berjaya la jugak.

Nak tau apa nama kucing tu ? Nama kucing tu ialah " AJI BOY" !! Nak tau sebab apa ? Sebab masa bawak kucing tu balik, Ibu tengah tengok citer ajiboy. Tak lama lepas tu ibu tanya :

Ibu : apa nama kucing ni ?
Kaklong : Ajiboy lah.
Ibu : Haah lah, betul jugak tu.

Apa yang betul aku pun tak tau. Lepas tu melekat dan muktamad lah nama kucing tu " Aji boy " . Tak memasal je dapat nama tu. Nasib baik ibu tengok citer tu. Kalau ibu tengok citer yang tajuk dia pelik, tak ke kesian kucing tu dapat nama pelik. Kucing zaman sekarang pun nak nama yang glamour jugak kan.

Monday, February 11, 2013

Mengantuk Tengok wayang

Assalammualaikum...

Entry kali ni aku nak citer pasal aku pergi tengok wayang hari tu . Pergi tengok wayang pun nak citer kan . Mengada-ngada betul . Macam first time je tengok wayang . padahal dah berpuluh-puluh citer aku tengok .

Cerita dia pada hari sabtu lepas ,
Kawan aku yang study dekat Melaka tu balik sempena cuti Haru raya cina ni . So , dia pun ajak lah aku keluar pergi Seremban . aku mula-mula malas jugak nak keluar . Tu pun sebab tengah sengkek sekarang ni . Kalau tak , aku yang paksa orang keluar merayau . Jahat tak aku . Bila fikir-fikir balik , duduk umah pun takda apa yang nak dibuat . Nak kemas umah memang tak lah kan . Rajin pulak aku .

Dalam pukul 4 aku jemput kawan aku dekat kedai mak dia . Sampai je aku kat kedai mak dia tu , dia terus naik kereta . Terkesima jugak aku sekejap sebab terkezut tetiba je ada orang masuk . Aku tak sempat tarik handbrake pun lagi . Lepas tu kawan aku tu terus bersuara :

"Dekat luar panas , dalam kereta sejuk sikit"

Aku pun tak cakap apa-apa terus jalan menuju ke destinasi yang dirancang . Ececeh.. ayat nak skematik . Kitorang cadang nak lepak Jusco je sebab nak pergi Popular beli buku . Mentang- mentang dah dapat voucher buku . kemain lagi kau kan . Kalau tak jangan harap kau nak beli buku . Jangan kata nak beli buku , Kedai buku pun kau tak nak pandang . Bila sampai je dekat Jusco , tetiba aku terfikir yang parking mesti penuh punya . Lagi-lagi dah nak raya cina dah ni . Confirm penuh punya lah parking . Tapi alhamdulillah , aku masuk je ade orang nak keluar , so apa lagi lah kan . Berbunga-bunga lah hati aku . Tak payah nak bazirkan tenaga aku nak cari parking .

Lepas habis je beli buku tu semua , kitorang plan nak tengok wayang pulak . Citer "Hantu Kak Limah 2 : Usin , Mon , dan Jin Pakai Toncet" . Dia punya tajuk cerita je dah panjang menjela . Semput nafas aku nak cakap dengan akak kaunter tiket tu . HaHaHa... Lepas je aku cakap tajuk citer yang panjang menjela tu , akak kaunter tu cakap yang pukul 8 lebih punya tiket dah penuh . Kalau ada pun m seat yang belah depan . Kalau tengok memang sakit lah kepala kau nak mendongak sampai citer tu abis . Lepas tu akak tu suggest amik yang midnight punya pukul 11.55 p.m . So , kitorang pun amik je lah . Lepas beli tiket , aku temgok jam baru pukul 8.40 p.m . Ada lagi 3 jam lebih citer tu nak start . So , perut pun dah lapar . pergi lah makan kejap . lepas makan tengok lagi jam baru pukul 9.30 p.m . Ada lagi 2 jam lebih lagi . Apa nak buat , nak jenjalan pun , kedai dengan mall pun dah tutup dah . Aku pun saja je lah bawak kereta perlahan mengalahkan siput sedut sebab nak haniskan masa . Pukul 10 aku masuk balik dekat Jusco . Lepas parking , kawan kitorang duk melepak dalam kereta sampai 2 jam semata-mata nak tunggu wayang start . 2 jam tu bukannya kejap . Mata pun dah mengantuk . Aku dengan kawan aku pun dah salah menyalahkan antara satu sama lain .

Liana : Ni kau lah ni Apis . Nak jugak tengok wayang tengah2 malam ni.
Aku   : Apa pulak aku . Aku ikut je kalau kau nak tengok aku temgok lah sekali . Ni salah kau jugak .
Liana : Haish... kalau tak kita dah tido dah time macam ni .
Aku   : Haah kan . Kalau tak kita dah melingkar dah dekat atas katil .

Lepas tu memasing gelak tak berenti .

Tengok jam dah pukul 11.40 macam tu l kitorang pun masuk . Dengan mata kuyunya dengan selamba kitorang masuk beli popcorn bagai . Orang tengok mesti pelik punya . Tapi okay lah bila
masuk , citer start je . Tetiba mata jadi segar sebab citer tu mula-mula je dah kelakar dah . Mengantuk pu jadi hilang lah sekejap . Ada satu part tu memang aku gelak sakan lah sebab lawak gilerr . Overall citer ni memang best + Terbaaeekkkkk lah . Tak rugi lah aku bersengkang mata menahan ngantuk sebab nak tengok citer ni . 

Sampai je aku dekat rumah terus tukar baju , basuh muka , lepas tu terus tido tak sedar diri . Orang cina memekak main mercun kat luar tu pun aku tak dengar sebab dah ngantuk tahap gaban . 
HaHaHa... Okay , that's all yang aku nak citer . K bye .