Monday, December 31, 2012

Keris Mistik & Kesaktian

Assalammualaikum....

Hari ni aku dengan ibu & ayah pergi ke Klang saja nak melawat akak aku yang kerja dekat sana . Sesambil datang melawat tu ibu pun bawak lah lauk ikan siakap tiga rasa [yummm...yummm...] . Sepatutnya 4 rasa , yang last sekali rasa kenyang . [HaHaHa...lawak..] . So tak perlu lah aku citer pasal aku pergi Klang tu sebab tengok tajuk entry pun dah lari tajuk dah .

Di pendek kan citer yang tak panjang pun sebenarnya...

Dalam pukul 3 aku dah gerak balik dari Klang to Seremban . Disebabkan masa pun banyak lagi . Ibu pun ajak aku " pergi muzium nak tak..?? " . Aku pun fikir punya fikir kalau balik rumah awal- awal pun bukannya ada buat apa apa pun . So pergi je lah , lagi pun muzium seremban tengah ada pameran keris sekarang ni . Sempena cuti sekolah ni . [yang dah tak sekolah macam aku pun still boleh pergi..haha...] .
Muzium Seremban , Negeri Sembilan . 

Dalam pukul 4.15 sampai seremban , then terus pergi muzium seremban . Mula-mula jenjalan dekat luar muzium dulu ambik angin kejap . Sempat lah tengok rumah Negeri Sembilan masa dulu-dulu . Memang cantik lah senibina rumah tu . Sungguh halus dan mulus . [ececeh...] . Lepas tu masuk dalam pulak nak tengok pameran keris . Sesampai je dapan kaunter jual tiket tu . Orang tu buat dekk je dekat aku . Macam aku tak wujud pulak dekat situ . Aku pun konfius diorang ni pekerja situ ke atau saja dok melepak kat situ . Then aku pun acah-acah lah nak masuk terus . Baru lah ada sorang hamba Allah ni bersuara " Ehh..bayar dulu" . Banyak lah kau punya " Ehh..." . Lama aku terpacak dekat situ macam orang bodoh . Ingat aku nak interview jadi guard ke situ . Sepatutnya sambut lah pengunjung yang datang . Ini buat macam takda pape yang berlaku je . Kan dah tak memasal aku lepas geram kat sini . [tarik nafas...hembus....] .

So aku pun tengok lah keris keris lama yang ada dekat dalam tu . So amazing...!!! Cantik dan unik wa cakap sama lu . Macam macam keris ada . Ada yang pendek tu biasa lah tengok kat dalam TV . Tak sangka keris yang panjang macam pedang pun ada . Teruja aku dalam tu . Rasa nak jerit je kuat kuat sebab teruja sesangat . Jalan punya jalan , sampai kat satu sudut tu aku dapat rasa satu semangat atau macam satu aura . Aku pun seram lah sekejap lepas tu aku fikir " ni mungkin perasaan aku je ni kot " . Aku pun buat tak tau je lah . Takda lah aku citer dekat ibu and ayah . Susah jugak aku nak citer macam mana aku rasa aura dia tu . Allah je lah yang tau . Then aku masuk pulak satu bilik ni yang ada ikan duyong dalam tu . Tetiba ada pakcik tu tanya " Rasa rasa tu real ke tak..?? " . Aku pun teka je lah " Tak kot.. " , Lepas tu pakcik tu cakap " Duyong tu real punya " . Tak sangka pulak aku yang ikan duyong ni betul-betul wujud . Memang seram sikit lah kalau korang tengok .

Antara keris yang ada . 

Lepas tengok semua benda dalam tu , Then aku jalan balik dekat area keris tu . Lepas tu ibu aku cakap masa dia lalu dekat kawasan keris yang aku rasa ada aura tadi tu , ibu pun rasa sesuatu jugak dekat situ sampai berdiri la jugak bulu roma . Aku ingat aku sorang je rasa , ibu aku pun rasa jugak . Hebat betul aura keris tu . Maklum lah , keris lama kan . Memang mistik betul keris tu semua . Memang TERBAAEEKK lah pergi pameran keris nih . Tak rugi lah aku sesaja singgah dekat muzium nih . Yang paling best dapat rasa aura keris tu . Aku pun tak tau lah itu aura keris tu atau perasaan aku je . Tapi ibu pun rasa benda yang sama di tempat yang sama . Pelik dan penuh misteri .

Saturday, December 29, 2012

#Kampung Orang Asli #Solat Jumaat #Super Ring

Assalammualaikum....


Berdasarkan tajuk entry di atas mesti nampak macam pelik . Macam ada sesuatu je . Ini yang den nak kobar kan . Minggu ni merupakan minggu ke-2 aku praktikal di TNB Kuala Klawang . So hari ini aku dengan Team SAVR *(Sesalur Atas Voltan Rendah) menerima tugasan untuk membaiki kabel yang dah menyembah bumi akibat ade pokok yang tumbang , then terkena kabel . Kejadian berlaku dekat perkampungan orang asli . [macam baca berita pulak dah] . Nama kampung tu " Kampung Esok " . Kira ni kali pertama aku jejakkan kaki aku yang bersaiz 10 ni dekat perkampung ni , even dah 19 tahun aku duduk dekat jelebu ni . Tengok nama
kampung dia pun kita dah boleh agak berapa lama kita nak sampai kampung tu . Kalau hari ni kau gerak , esok baru kau sampai . Sebab tu nama dia Kampung Esok . Dah lah jauh tempat dia , lepas tu jalan dia pulak ya rabbbi.... Aku yang duduk dalam lori TNB tu dah rasa macam gempa bumi pun ada . Terloncat sana tercampak sini tertonggeng terduduk semua ada lah . Pakej orang kata . So , jalan punya jalan punya jalan akhirnya sampai jugak dekat kabel yang kena hempap pokok tu . Then , Team pun buat kerja senggaraan macam biasa and finally kabel tu berjaya ditegangkan semula . Kerja tu tak sampai 10 minit dah siap . Macam tak berbaloi pun ada aku rasa . Jalan bapak dia punya lah jauh , 1jam lebih baru sampai . Then buat kerja tak sampai 10 minit pun . Ini lah dugaan namanya . [sabar je lahh] .

Hari jumaat kebiasaannya aku rehat pukul 12.30 . Tapi sebab kerja dah settle semua , pukul 12 aku dah blah balik rumah nak makan . Lapar dah perut aku ni hah . Lepas makan tengah hari . Golek golek kejap atas katil lepas tu pergi mandi siap siap pergi solat jumaat . Sampai je dekat masjid aku nampak ada kemah bebanyak entah ada apa aku pun tak tau . Aku pun jalan selamba dek je lah . Then aku pun ambil air sembahyang lepas tu aku tengok dalam masjid yang saf depan depan tu kosong . Aku pun ape lagi lah terus melangkah dengan penuh keyakinan duduk dekat saf depan . [dapat pahala lebih sikit ye dok] . Tak lama lepas tu Pengerusi JKKK pun buat announcement . Semua jemaah dijemput makan tengah hari bersama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim . Aku dah kenyang baru nak ajak makan . HaHaHa.... Tak sangka pulak hari jumaat terakhir tahun 2012 ni aku dapat berjemaah dengan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan . First time aku jumpa menteri depan mata aku . InsyaAllah aku akan jadi Menteri suatu hari nanti . [perasan la pulak mamat ni] . Ehh mana lah tau kan . Lepas selesai solat jumaat aku pun tak lepaskan peluang bersalaman dengan Dr, Rais Yatim . Senyum je dia tengok aku . Maybe dia nampak bakal menteri nanti kot . HaHaHa... [tolong lah ea , jangan nak perasan lelebih pulak] .


Lepas solat aku kena masuk kerja balik pukul 2.30 . Sampai je dekat ofis duduk duduk kejap . Kejap tak kejap jugak lah . Sampai pukul 4.30 kerja aku duduk je dekat ofis tu . Takda kerja rupanya petang tu . Kalau tau aku tak datang tadi . Baik tidur kat rumah lagi syok . Pukul 5 aku punch card , start enjin kereta terus balik . Dalam perjalanan balik tu tetiba pulak aku ngidam keropok "Super Ring" . Aku punya mengidam dah macam perempuan mengandung anak kembar 5 dah . Aku pun singgah lah kat memana kedai runcit nak beli mende alah tu . Sampai je kat kedai aku pun cari keropok tu . tengok takda pulak . Aku pun pergi cari kat kedai lain pulak . Tengok takda jugak . Aku pergi lagi kedai lain cari . O M G !!! takda jugak . Apehal semua kedai takda jual Super Ring nih . Aiyoo... time aku nak pulak menda alah tu takda . Aku pun pergi lagi satu kedai yang jauh sikit dari rumah aku tu . Finally jumpa jugak . Puas hati aku . Aku dengan rakusnya ambik 3 bungkus sekali , lepas tu pergi bayar . [geram punya pasal] . Sampai je dekat rumah mandi lepas tu aku melantak puas puas keropok Super Ring yang bersusah payah aku cari tu sambil layan movie "Istanbul Aku Datang" dalam laptop . Seronok aku rasa masa tu . HaHaHa...

Sunday, December 23, 2012

Akhirnya...Kini Pasti...

Assalammualaikum...

Hamboi kau . Tajuk entry macam nak nyanyi lagu Anita Sarawak pulak . Anita Sarawak mesti bangga kalau dia tau aku tulis lirik lagu dia sebagai tajuk entry aku . HaHaHaHa... Sebenarnya apa yang dah berakhir and apa yang dah pasti ni ?? Cer citer sikit ...

Ceritanya bermula pada pagi yang hening , Tanggal 17 Dec 2012 . Hari tu aku kena lapor diri untuk start aku punya praktikal . So dengan semangat kesukanan yang jitu aku pun bangun awal pagi dengan mata ibarat disangkut dengan tong gas . Nak tak nak kena bangun jugak takut nanti lambat pulak pergi kerja . Dah lah first day , tak kan nak lambat pulak . Aku kalau bab bangun pagi ni memang liat sikit la . Kecuali kalau nak pergi holiday ke jenjalan ke memang cepat la aku bangun . Orang lain belum bangun lagi aku dah siap tercongok depan pintu [semangat terlebih

Stop mengarut dulu then aku sambung cerita tadi . pukul 7.45 am aku dah gerak ke tempat kerja yang x jauh pun dengan rumah aku . Saje pilih tempat praktikal dekat dekat rumah . Senang sikit . Yang penting jimat kos . HuHuHu... Bila dah sampai je then dah settle semua benda lepas tu orang yang incharge aku tu cakap minggu ni aku duduk dalam ofis je dulu . Minggu depan baru buat kerja dekat luar . Bunyinya pun macam menarik je lah . Dalam hati aku pun gembira je lah sebab duduk dalam ofis je . Boleh feeling2 macam orang pejabat kan [HaHaHa..perasan je kau]

For the first week ni aku duduk dalam ofis just baca PSI . [PSI tu ape ea..???] . Maksud sebenar PSI tu dari segi perkataan aku tak tau . Tapi dari segi istilah dan tatabahasa tu maksud dia semua prosedur yang digunakan dalam semua TNB di seluruh Malaysia ni . Actually aku praktikal dekat TNB . Dah ambik course Electrical Engineering kan . [ecehwah..] Untuk hari pertama okay lagi lah , boleh layan lah jugak baca prosedur dia sampai aku rasa nak muntah dah baca semua tu . kengkadang aku pun naik confuse , aku ni ambik bidang pejabat ke bidang electrical . [dah bos suruh , aku buat je lah . ape pun tak boleh]

Habis semua tu masuk pulak hari ke-2 aku un naik baring + menyampah tengok fail yang tebal sejengkal tu . Rasa nak baling je kat dinding tapi fail orang kan . Nanti kena halau , aku juga yang susah . Masuk hari ke-3 , adelah pekerja dekat situ yang kesian tengok muka aku yang asyik mengadap fail je memanjang . Dia pun kata bos tu pening sebab suruh aku duduk ofis je . Dia pun bawa aku pergi potong elektrik dekat rumah orang yang tak reti reti nak bayar bil sampai berbulan bulan . Aku pun seronok je lah sebab dapat juga jenjalan daripada mengadap fail dekat ofis tu . Tapi satu je lah .  Kerja potong elektrik ni kejap je . Pukul 8 keluar lepas tu pukul 9.30 dah balik ofis semula . So kena la hadap fail lagi . Tapi aku tak tengok pun . Aku buka komputer dekat situ then aku bantai main game . [ade aku kesah] Dah takda kerja nak buat .

Ni lah meja ofis aku..hari2 hadap benda ni je..
Hari ke-4 , aku still buat benda sama je . tapi kali ni aku nak hilangkan boring aku punya pasal . Aku bawa earphone then dengar radio sambil main game dekat komputer . Dari pagi pukul 8 pagi sampai balik pukul 5 petang aku layan radio dengan main game . Kalau aku dapat kerja macam gini nanti memang syok wa cakap sama lu . Duduk goyang kaki je . Jadi bos pun belum tentu boleh dengar radio sambil main game . Begitu juga untuk hari yang ke-5 . Benda sama je aku buat . Muak sangat dah aku ni . Nasib baik seminggu je . Then hari sabtu ahad cuti . Kira azab aku duduk dalam ofis tu selama seminggu dah tamat sudah . Itu yang rasa happy sesangat tu . Next week dah start kerja dekat luar . Harap aku dapat kumpul ilmu sebanyak mungkin sampai aku berjaya suatu hari kelak .

InsyaAllah . Amin Ya Rabb .

Ni antara game yang aku main . Itu je yang ade .

Wednesday, December 12, 2012

Tahniah...!!!!

Assalammualaikum . [tak jawab dosa]

Hari yang aku tunggu-tunggu selama ni dah pun tiba . Apa yang aku tunggu sebenarnya ? ? Aku tunggu result aku keluar lah . Alhamdulillah , syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku LULUS semua paper yang aku ambil [text dah macam nak bagi ucapan dalam perhimpunan pagi je] . Tarikh 10 DECEMBER 2012 menjadi tarikh keramat bagi aku . HeHe . Even dah 2 hari berlalu , tapi keseronokkan yang beronok-ronok itu masih terasa lagi wa cakap sama lu . Tak sia-sia aku bersekang mata study sampai pukul 6 pagi , tapi tu untuk paper last je sebab subjek tu aku banyak benda tak faham . Study pun last2 minit  , Alhamdulillah dapat juga B+ . Teror jugak aku sebenarnya..HaHa.. [perasan je lebih , jentik telinga baru tau] .

1 peperangan dah lepas . Sem depan dah start aku punya LI *(Latihan Industri) . Actually hari isnin depan dah start aku kena lapor diri . Tak lama je lagi . Harap aku dapat buat dengan jayanya . Aku pun LI dekat TNB yang dekat dengan rumah aku ni je . Tak jauh pun . Duit pun saving [errmmm....saving kerr...???] . Tapi satu benda je lah yang tak best . TNB tak bagi elaun la . Kedekut betul . Tak nak bayar bil elektrik baru tau [tak de kena mengena kan] . Tapi tak apa , yang penting dia kena bagi aku markah lebih untuk LI tu nanti . Kalau tak siap dia . Aku tembak guna kereta kebal . HiHiHi...kejam tak aku . Nanti bila dah LI mula lah kena buat report bagai . Kadang-kadang rasa excited pun ade bila dah nak LI ni . Rasa takut pun ade jugak . bukan pasal apa , takut aku tak tau nak buat apa nanti . Harap2 segala urusan aku depermudahkan oleh Alah s.w.t . Amin.. InsyaAllah .

By the way , aku nak ucapkan tahniah kepada diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang LULUS final exam . Kalau ade yang gagal tu jangan sedih-sedih . Cuba lagi jangan putus asa , itu mungkin ujian daripada Allah . Lastly , I hope korang semua buat kerja elok-elok masa LI nanti . Jangan nakal-nakal [ceh wah] . And the most importannt thing jaga keselamatan diri anda , kerana diri mu begitu berharga . HaHaHa.... [sempat lagi buat iklan] . Okay... TaTa... TiTi...TuTu...

Wednesday, December 5, 2012

Baru Dapat Lesen Kereta ! ! ? ?

Assalammualaikum , selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia .

Bila korang tengok je title entry aku ni mesti korang ingat aku baru dapat lesen kereta kan . Betul ke aku baru dapat lesen ? ? HaHa.. Sebenarnya aku memang dah ada dah lesen kereta and dah lama dah aku dapat lesen kereta tu . By the way dah full pun lesen tu [kira tak payah tampal P lagi lah kat kereta]


Tapi kenapa kenapa aku cakap aku baru dapat lesen kerata ? ?

Sebenarnya citer dia macam ni . . . . . . . . . . . .

Petang tadi , Ibu aku hantar pesanan ringkas [message] kat aku suruh aku isi minyak kereta ayah aku sebab minyak kereta tu dah nak habis . So aku pun reply lah : -

Aku : Okay , kejap lagi lah . 
Ibu : Orait . 
[ perlu ke aku citer benda macam ni , sepak kang baru tau . . ]

Tak lama kemudian , dalam pukul 8 macam tu aku pergi ambik kereta ayah aku lepas tu aku start enjin.. Nak tau apa jadi ?? kejap2 enjin padam.. kejap2 enjin padam.. macam baru first time pegang stereng kereta dah gayanya . [rasa macam nak menjerit pun ada time tu] Ade orang yang tengok aku time tu aku rasa dia macam nak tolong bawa kan je kereta tu untuk aku . Benda ni terjadi sebab aku dah biasa bawa kereta aku , and kereta aku clutch 'nya tinggi tapi clutch kereta ayah pulak rendah sesangat [dah macam kereta racing] So sebab tu lah aku awkward sangat bila bawa kereta ayah aku . Aku pun terpaksa lah bawa juga pergi ke stesen minyak tu . Then , alhamdulillah sampai juga ke destinasi yang dihajati . Aku turun pergi kat kaunter and cakap kat akak casher tu : -

Aku : Kak , nak isi minyak . [macam bodoh je soalan aku kan]
Akak casher : Berapa ?
Aku : RM135 . 
Akak casher : Banyaknya , muat ke kereta tu ?[banyak tanyak pulak akak ni]
Aku : Muat , saya ada bawa tong sekali .

Lepas aku selesai isi minyak , aku pun balik . [memang lah , tak kan nak tido situ pulak] Dalam perjalanan balik tu aku tengok banyak kereta yang potong kereta aku . Dalam hati aku pun cakap (diorang ni nak pergi mana malam2 bawa laju2) Lepas tu aku terpandang meter kereta ayah aku tu . Nak tau berapa laju aku bawa ?? 

. . . 40KM/h . . . 
[ jangan bagi tau orang lain tau]

Patut lah semua laju semacam je . Rupanya aku yang bawa slow . Mesti ada yang maki2 aku sebab bawa kereta lembab nak mampos . [tapi tak apa lah , baru selamat kata kau]
Pompuan jugak yang dipersalahkan...HaHa..(Ada Aku Kesah)
Itu lah yang aku kata aku dah macam baru dapat lesen kereta . Teringat masa baru dapat lesen kereta dulu , macam tu lah aku bawa kereta . [tapi sekarang kalau bawa kereta macam tak cukup jalan tar aku rasa] . Finally , aku selamat sampai dekat rumah [ mana tak nya , bawak 40km/h] 
Okay tu je lah yang aku nak share sebenarnya . Saja nak isi masa lapang sambil buat semak je citer macam ni dalam blog aku ni . Orait , that's all for today . TaTa .... TiTi.... TuTu....

Tuesday, December 4, 2012

My Paberet *(Favorite) Cartoon's

Assalammualaikum....,,,

Tengok tajuk je aku rasa korang dah tau aku nak citer pasal apa . So kali ni aku nak story sikit pasal aku punya favorite cartoon's sejak dulu [Masa kecik2] sampai lah sekarang ni . Korang pun mesti suka tengok kartun kan masa dolu-dolu even sekarang pun ada yang still tengok kan . Ngaku je lah . Ada yang tengok sampai tak berkelip mata , sampai meleleh air liur pun ade [ish...ish...ish...] Sebenarnya citer kartun ni best tengok sebab dia boleh release tension , juga boleh menceriakan hari kita bila kita tengok jalan citer kartun tu . Kartun ni ade macam2 jenis . So depends pada individu lah dia suka kartun yang macam mana sekali pun .

1. The Pink Panther

Citer ni aku tengok masa kecik2 dulu , masa ni aku tadika lagi kot . aku memang minat sangat tengok kartun ni dekat TV . Then , sebab aku suka sangat tengok kartun ni masa tu , so parents aku belikan aku tape kartun pink panther ni . Ye lah dulu kan pakai tape jerr , mana ada CD lagi masa tu . And aku akan tengok kartun ni berulang-ulang kali sampai nak muntah dah . Kira kalau nak aku citer kan balik pun boleh dah masa tu . Dah hafal dari A to Z . Muzik dia pun aku dah boleh hafal . [Dasyat tak..??] Kalau aku tengok balik sekarang ni pun aku rasa aku still hafal lagi jalan citer pink panther ni . Citer ni aku suka tengok sebab dia lawak nak mampos , lepas tu citer dia dalam bentuk silent comedy . Maknanya dia tak cakap apa-apa tapi just tengok gelagat dia je aku dah gelak sorang-sorang sampai setengah mati .

2. Tom & Jerry

kartun Tom & Jerry ni pun aku still suka tengok sampai sekarang sebab dia kelakar jugak . Then citer kartun ni mengisahkan tentang Tom [kucing] dengan Jerry [tikus yang agak comel nak mati] dan tiap kali diorang berjumpa je mesti nak gadoh punya . Kalau tak Tom yang kejar Jerry , Jerry yang akan kejar Tom balik . Best juga tengok diorang gadoh2 manje gitu kan . And sometimes Tom & Jerry ni boleh berbaik baik untuk melawan musuh diorang berdua ni . Lebih kurang cenggitu lah citer dia . [nak tau lebih tengok lah sendiri]

3. Doraemon

Citer ni antara kartun yang paling aku suka tengok sejak aku sekolah rendah lagi sampai lah saat dan detik ini aku still tengok lagi . Citer ni selalu keluar dekat Ntv7 setiap hari sabtu , pukul 7.30 p.m . [wah..siap promote lagi kau] citer doraemon ni antara kartun yang lama sejak dari Januari 1970 sampai lah sekarang ni yang keluar dekat TV tu . Doraemon ni asalnya daripada komik kemudian dia beralih dalam bentuk animasi .  Citer Doraemon ni berkisah tentang robot kucing [yang ada poket tu , tak pernah aku jumpa kucing yang ada poket] yang datang dari abad ke-22 . Doraemon ni tugas sebenar dia untuk tolong Nobita yang pemalas tahap gaban dan always nak mintak tolong dengan doraemon [kalau doraemon ada dalam rumah aku pun aku buat benda yang sama macam Nobita tu buat juga..hehe...] Aku suka tengok citer ni bila Doraemon keluar kan barang dari poket dia . Benda yang dikeluarkan tu mesti benda yang tak terfikir oleh kapala hotak korang sebab dia canggih gila B*** tu satu dan lagi satu dia unik . And then kalau benda tu betul-betul wujud mesti syok kan . [terutama bagi orang yang pemalas macam Nobita tu]

4. Detective Conan

Citer kartun ni best jugak sebab dia lain daripada yang sebelum ni . Citer dia pasal Conan yang asalnya besar lepas tu dia jadi kecik sebab ada orang jahat bagi Conan minum racun . Citer ni pasal penyiasatan sebenarnya dan best siott tengok jalan citer dia , cara Conan selesaikan masalah [memang terbaiikkk la wa cakap sama lu] . Detective Conan ni ada dua bentuk , satu dalam bentuk orang betul2 berlakon dan satu  lagi dalam bentuk animasi . Aku lebih suka yang dalam bentuk animasi [macam sengal juga aku ni kan , dah kata tadi favorite cartoon , of course lah dalam bentuk animasi] dan sejak akhir2 ini akak aku suka citer Detective conan ni sampai banyak buku komik termasuk CD Conan pun dia beli . aku pun apa lagi , tumpang sekaki lah tengok citer ni .


5. BoboiBoy

Kartun ni merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studio's . Citer mengisahkan 4 orang sekawan yang ada kuasa super yang kononnya nak melindungi bumi dari ancaman musuh . Citer ni gempak jugak lah , kelakar dan tak boring . Pernah juga aku tengok citer ni sorang2 sampai terkeluar air mata wa cakap sama lu . [kelakar sangat lah tu] Bagi aku memang kelakar lah . Citer ni memang best sebab kelakar dan sama macam trade mark BoboiBoy iaitu memang "TERBAIIKKKK !!! "


Monday, December 3, 2012

Musim Buah Kini Melanda

Membeli belah pagi2 buta;
Pergi dengan menaiki beca;
Awal bismillah pembuka kata;
Assalammualaikum buat pembaca.

Cehwah...bajet-bajet ada je orang yang baca blog kau kan..tapi A.A.K [Ada Aku Kesah]..haha.. Hurmm..shut up not shut up [diam tak diam] dah lama tak menjenguk blog aku ni hah..dah naik berhabuk dah pun..ish..ish...ish..teruknya kau..anak sapa la ni. Tapi apa ada hal..Ini pun mungkin disebabkan aku dah tak tau nak buat apa kalau aku buka lappy aku ni..sebab sekarang aku dah berada dalam semester break..eleh tak lama pun..ada la dalam 3 minggu macam tu..setelah penat berhempas pulas memerah otak untuk final exam dengan bersengkang mata tiap-tiap malam selama 1 minggu sambil ditemani oleh nota-nota ku yang tersayang [Sayang Lah Sangat] dan harap-harap membuahkan hasil dengan LULUS dengan cemerlang InsyaAllah. 

Okay lah aku nak citer sikit pasal entry aku kali ni aku nak citer pasal musim buah.. sapa-sapa yang ada kampung then kat kampung dia tu pulak ada kebun buah ke or kat halaman rumah korang pun ade tanam buah-buahan such as buah rambutan ke manggis ke untung lah korang and especially buah durian yang sekarang ni tengah bersepah-sepah ada jual kat tepi-tepi jalan tu.. dan nak dijadikan cerita..aku pernah terlanggar buah durian yang tetiba ada kat tengah jalan..bunyi macam pelik kan..?? Citer dia macam ni..[Jeng Jeng Jeng] (bunyi muzik sikit) Di suatu pagi yang hening dengan cahaya matahari yang menyinar [tak payah nak sastera sangat lah beb] masa tu aku tengah bawa kereta nak keluar dengan kawan aku beli barang kot masa tu, then sambil jalan tu aku tarik seat belt dan apabila aku pandang je depan dengan tak disangka-sangka ada sebiji durian ada dekat tengah jalan..aku pulak tak sempat nak elak then aku hanya meredhakan saja kereta aku langgar buah durian yang tidak berdosa itu..tapi nasib baik tak kena tayar and kereta aku pun takda calar balar akibat incident tu..


Berbalik kepada cerita buah tadi, kiranya aku ni langkah kanan lah sebab balik je kampung lepas habis exam dalam musim buah-buahan.. So kerja aku dekat rumah duk melantak buah je lah.. Buah rambutan je yang aku makan dekat rumah sebenarnya..bunyi macam banyak je kan..ada juga buah durian dalam rumah aku ni..tapi aku tak makan durian lah.. [bajet orang putih je] skit tu makan lah juga..tak tau lah sebab apa aku tak makan sangat durian ni tapi kalau durian tu dibuat 'tempoyak' aku makan lah. Disebabkan tak ada sapa yang nak melantak buah durian tu then ibu aku buat lah tempoyak and hasilnya berbotol-botol jugak lah..lepas tu apa lagi passing la dekat sedara mara habis cerita. Tapi gambar tempoyak berbotol-botol tu aku tak sempat nak ambil sebab ibu aku buat and the next day dia terus bagi dekat sedara mara yang aku sebut tadi. So tak sempat lah aku nak snap even secebis gambar pun.. okay tu je lah yang nak aku share kan dalam blog ni...semoga anda yang membaca terhibur [ada ke orang nak baca] HAHAHAHA....!!!! Ada Aku Kesah..!! Peace No War..!!!