Monday, December 31, 2012

Keris Mistik & Kesaktian

Assalammualaikum....

Hari ni aku dengan ibu & ayah pergi ke Klang saja nak melawat akak aku yang kerja dekat sana . Sesambil datang melawat tu ibu pun bawak lah lauk ikan siakap tiga rasa [yummm...yummm...] . Sepatutnya 4 rasa , yang last sekali rasa kenyang . [HaHaHa...lawak..] . So tak perlu lah aku citer pasal aku pergi Klang tu sebab tengok tajuk entry pun dah lari tajuk dah .

Di pendek kan citer yang tak panjang pun sebenarnya...

Dalam pukul 3 aku dah gerak balik dari Klang to Seremban . Disebabkan masa pun banyak lagi . Ibu pun ajak aku " pergi muzium nak tak..?? " . Aku pun fikir punya fikir kalau balik rumah awal- awal pun bukannya ada buat apa apa pun . So pergi je lah , lagi pun muzium seremban tengah ada pameran keris sekarang ni . Sempena cuti sekolah ni . [yang dah tak sekolah macam aku pun still boleh pergi..haha...] .
Muzium Seremban , Negeri Sembilan . 

Dalam pukul 4.15 sampai seremban , then terus pergi muzium seremban . Mula-mula jenjalan dekat luar muzium dulu ambik angin kejap . Sempat lah tengok rumah Negeri Sembilan masa dulu-dulu . Memang cantik lah senibina rumah tu . Sungguh halus dan mulus . [ececeh...] . Lepas tu masuk dalam pulak nak tengok pameran keris . Sesampai je dapan kaunter jual tiket tu . Orang tu buat dekk je dekat aku . Macam aku tak wujud pulak dekat situ . Aku pun konfius diorang ni pekerja situ ke atau saja dok melepak kat situ . Then aku pun acah-acah lah nak masuk terus . Baru lah ada sorang hamba Allah ni bersuara " Ehh..bayar dulu" . Banyak lah kau punya " Ehh..." . Lama aku terpacak dekat situ macam orang bodoh . Ingat aku nak interview jadi guard ke situ . Sepatutnya sambut lah pengunjung yang datang . Ini buat macam takda pape yang berlaku je . Kan dah tak memasal aku lepas geram kat sini . [tarik nafas...hembus....] .

So aku pun tengok lah keris keris lama yang ada dekat dalam tu . So amazing...!!! Cantik dan unik wa cakap sama lu . Macam macam keris ada . Ada yang pendek tu biasa lah tengok kat dalam TV . Tak sangka keris yang panjang macam pedang pun ada . Teruja aku dalam tu . Rasa nak jerit je kuat kuat sebab teruja sesangat . Jalan punya jalan , sampai kat satu sudut tu aku dapat rasa satu semangat atau macam satu aura . Aku pun seram lah sekejap lepas tu aku fikir " ni mungkin perasaan aku je ni kot " . Aku pun buat tak tau je lah . Takda lah aku citer dekat ibu and ayah . Susah jugak aku nak citer macam mana aku rasa aura dia tu . Allah je lah yang tau . Then aku masuk pulak satu bilik ni yang ada ikan duyong dalam tu . Tetiba ada pakcik tu tanya " Rasa rasa tu real ke tak..?? " . Aku pun teka je lah " Tak kot.. " , Lepas tu pakcik tu cakap " Duyong tu real punya " . Tak sangka pulak aku yang ikan duyong ni betul-betul wujud . Memang seram sikit lah kalau korang tengok .

Antara keris yang ada . 

Lepas tengok semua benda dalam tu , Then aku jalan balik dekat area keris tu . Lepas tu ibu aku cakap masa dia lalu dekat kawasan keris yang aku rasa ada aura tadi tu , ibu pun rasa sesuatu jugak dekat situ sampai berdiri la jugak bulu roma . Aku ingat aku sorang je rasa , ibu aku pun rasa jugak . Hebat betul aura keris tu . Maklum lah , keris lama kan . Memang mistik betul keris tu semua . Memang TERBAAEEKK lah pergi pameran keris nih . Tak rugi lah aku sesaja singgah dekat muzium nih . Yang paling best dapat rasa aura keris tu . Aku pun tak tau lah itu aura keris tu atau perasaan aku je . Tapi ibu pun rasa benda yang sama di tempat yang sama . Pelik dan penuh misteri .

No comments:

Post a Comment