Tengok tajuk je aku rasa korang dah tau aku nak citer pasal apa . So kali ni aku nak story sikit pasal aku punya favorite cartoon's sejak dulu [Masa kecik2] sampai lah sekarang ni . Korang pun mesti suka tengok kartun kan masa dolu-dolu even sekarang pun ada yang still tengok kan . Ngaku je lah . Ada yang tengok sampai tak berkelip mata , sampai meleleh air liur pun ade [ish...ish...ish...] Sebenarnya citer kartun ni best tengok sebab dia boleh release tension , juga boleh menceriakan hari kita bila kita tengok jalan citer kartun tu . Kartun ni ade macam2 jenis . So depends pada individu lah dia suka kartun yang macam mana sekali pun .
1. The Pink Panther
Citer ni aku tengok masa kecik2 dulu , masa ni aku tadika lagi kot . aku memang minat sangat tengok kartun ni dekat TV . Then , sebab aku suka sangat tengok kartun ni masa tu , so parents aku belikan aku tape kartun pink panther ni . Ye lah dulu kan pakai tape jerr , mana ada CD lagi masa tu . And aku akan tengok kartun ni berulang-ulang kali sampai nak muntah dah . Kira kalau nak aku citer kan balik pun boleh dah masa tu . Dah hafal dari A to Z . Muzik dia pun aku dah boleh hafal . [Dasyat tak..??] Kalau aku tengok balik sekarang ni pun aku rasa aku still hafal lagi jalan citer pink panther ni . Citer ni aku suka tengok sebab dia lawak nak mampos , lepas tu citer dia dalam bentuk silent comedy . Maknanya dia tak cakap apa-apa tapi just tengok gelagat dia je aku dah gelak sorang-sorang sampai setengah mati .
2. Tom & Jerry
kartun Tom & Jerry ni pun aku still suka tengok sampai sekarang sebab dia kelakar jugak . Then citer kartun ni mengisahkan tentang Tom [kucing] dengan Jerry [tikus yang agak comel nak mati] dan tiap kali diorang berjumpa je mesti nak gadoh punya . Kalau tak Tom yang kejar Jerry , Jerry yang akan kejar Tom balik . Best juga tengok diorang gadoh2 manje gitu kan . And sometimes Tom & Jerry ni boleh berbaik baik untuk melawan musuh diorang berdua ni . Lebih kurang cenggitu lah citer dia . [nak tau lebih tengok lah sendiri]
3. Doraemon
Citer ni antara kartun yang paling aku suka tengok sejak aku sekolah rendah lagi sampai lah saat dan detik ini aku still tengok lagi . Citer ni selalu keluar dekat Ntv7 setiap hari sabtu , pukul 7.30 p.m . [wah..siap promote lagi kau] citer doraemon ni antara kartun yang lama sejak dari Januari 1970 sampai lah sekarang ni yang keluar dekat TV tu . Doraemon ni asalnya daripada komik kemudian dia beralih dalam bentuk animasi . Citer Doraemon ni berkisah tentang robot kucing [yang ada poket tu , tak pernah aku jumpa kucing yang ada poket] yang datang dari abad ke-22 . Doraemon ni tugas sebenar dia untuk tolong Nobita yang pemalas tahap gaban dan always nak mintak tolong dengan doraemon [kalau doraemon ada dalam rumah aku pun aku buat benda yang sama macam Nobita tu buat juga..hehe...] Aku suka tengok citer ni bila Doraemon keluar kan barang dari poket dia . Benda yang dikeluarkan tu mesti benda yang tak terfikir oleh kapala hotak korang sebab dia canggih gila B*** tu satu dan lagi satu dia unik . And then kalau benda tu betul-betul wujud mesti syok kan . [terutama bagi orang yang pemalas macam Nobita tu]
4. Detective Conan
Citer kartun ni best jugak sebab dia lain daripada yang sebelum ni . Citer dia pasal Conan yang asalnya besar lepas tu dia jadi kecik sebab ada orang jahat bagi Conan minum racun . Citer ni pasal penyiasatan sebenarnya dan best siott tengok jalan citer dia , cara Conan selesaikan masalah [memang terbaiikkk la wa cakap sama lu] . Detective Conan ni ada dua bentuk , satu dalam bentuk orang betul2 berlakon dan satu lagi dalam bentuk animasi . Aku lebih suka yang dalam bentuk animasi [macam sengal juga aku ni kan , dah kata tadi favorite cartoon , of course lah dalam bentuk animasi] dan sejak akhir2 ini akak aku suka citer Detective conan ni sampai banyak buku komik termasuk CD Conan pun dia beli . aku pun apa lagi , tumpang sekaki lah tengok citer ni .
5. BoboiBoy
Kartun ni merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studio's . Citer mengisahkan 4 orang sekawan yang ada kuasa super yang kononnya nak melindungi bumi dari ancaman musuh . Citer ni gempak jugak lah , kelakar dan tak boring . Pernah juga aku tengok citer ni sorang2 sampai terkeluar air mata wa cakap sama lu . [kelakar sangat lah tu] Bagi aku memang kelakar lah . Citer ni memang best sebab kelakar dan sama macam trade mark BoboiBoy iaitu memang "TERBAIIKKKK !!! "
No comments:
Post a Comment