Saturday, December 29, 2012

#Kampung Orang Asli #Solat Jumaat #Super Ring

Assalammualaikum....


Berdasarkan tajuk entry di atas mesti nampak macam pelik . Macam ada sesuatu je . Ini yang den nak kobar kan . Minggu ni merupakan minggu ke-2 aku praktikal di TNB Kuala Klawang . So hari ini aku dengan Team SAVR *(Sesalur Atas Voltan Rendah) menerima tugasan untuk membaiki kabel yang dah menyembah bumi akibat ade pokok yang tumbang , then terkena kabel . Kejadian berlaku dekat perkampungan orang asli . [macam baca berita pulak dah] . Nama kampung tu " Kampung Esok " . Kira ni kali pertama aku jejakkan kaki aku yang bersaiz 10 ni dekat perkampung ni , even dah 19 tahun aku duduk dekat jelebu ni . Tengok nama
kampung dia pun kita dah boleh agak berapa lama kita nak sampai kampung tu . Kalau hari ni kau gerak , esok baru kau sampai . Sebab tu nama dia Kampung Esok . Dah lah jauh tempat dia , lepas tu jalan dia pulak ya rabbbi.... Aku yang duduk dalam lori TNB tu dah rasa macam gempa bumi pun ada . Terloncat sana tercampak sini tertonggeng terduduk semua ada lah . Pakej orang kata . So , jalan punya jalan punya jalan akhirnya sampai jugak dekat kabel yang kena hempap pokok tu . Then , Team pun buat kerja senggaraan macam biasa and finally kabel tu berjaya ditegangkan semula . Kerja tu tak sampai 10 minit dah siap . Macam tak berbaloi pun ada aku rasa . Jalan bapak dia punya lah jauh , 1jam lebih baru sampai . Then buat kerja tak sampai 10 minit pun . Ini lah dugaan namanya . [sabar je lahh] .

Hari jumaat kebiasaannya aku rehat pukul 12.30 . Tapi sebab kerja dah settle semua , pukul 12 aku dah blah balik rumah nak makan . Lapar dah perut aku ni hah . Lepas makan tengah hari . Golek golek kejap atas katil lepas tu pergi mandi siap siap pergi solat jumaat . Sampai je dekat masjid aku nampak ada kemah bebanyak entah ada apa aku pun tak tau . Aku pun jalan selamba dek je lah . Then aku pun ambil air sembahyang lepas tu aku tengok dalam masjid yang saf depan depan tu kosong . Aku pun ape lagi lah terus melangkah dengan penuh keyakinan duduk dekat saf depan . [dapat pahala lebih sikit ye dok] . Tak lama lepas tu Pengerusi JKKK pun buat announcement . Semua jemaah dijemput makan tengah hari bersama Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim . Aku dah kenyang baru nak ajak makan . HaHaHa.... Tak sangka pulak hari jumaat terakhir tahun 2012 ni aku dapat berjemaah dengan Menteri Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan . First time aku jumpa menteri depan mata aku . InsyaAllah aku akan jadi Menteri suatu hari nanti . [perasan la pulak mamat ni] . Ehh mana lah tau kan . Lepas selesai solat jumaat aku pun tak lepaskan peluang bersalaman dengan Dr, Rais Yatim . Senyum je dia tengok aku . Maybe dia nampak bakal menteri nanti kot . HaHaHa... [tolong lah ea , jangan nak perasan lelebih pulak] .


Lepas solat aku kena masuk kerja balik pukul 2.30 . Sampai je dekat ofis duduk duduk kejap . Kejap tak kejap jugak lah . Sampai pukul 4.30 kerja aku duduk je dekat ofis tu . Takda kerja rupanya petang tu . Kalau tau aku tak datang tadi . Baik tidur kat rumah lagi syok . Pukul 5 aku punch card , start enjin kereta terus balik . Dalam perjalanan balik tu tetiba pulak aku ngidam keropok "Super Ring" . Aku punya mengidam dah macam perempuan mengandung anak kembar 5 dah . Aku pun singgah lah kat memana kedai runcit nak beli mende alah tu . Sampai je kat kedai aku pun cari keropok tu . tengok takda pulak . Aku pun pergi cari kat kedai lain pulak . Tengok takda jugak . Aku pergi lagi kedai lain cari . O M G !!! takda jugak . Apehal semua kedai takda jual Super Ring nih . Aiyoo... time aku nak pulak menda alah tu takda . Aku pun pergi lagi satu kedai yang jauh sikit dari rumah aku tu . Finally jumpa jugak . Puas hati aku . Aku dengan rakusnya ambik 3 bungkus sekali , lepas tu pergi bayar . [geram punya pasal] . Sampai je dekat rumah mandi lepas tu aku melantak puas puas keropok Super Ring yang bersusah payah aku cari tu sambil layan movie "Istanbul Aku Datang" dalam laptop . Seronok aku rasa masa tu . HaHaHa...

No comments:

Post a Comment