Friday, August 17, 2012

Ingat Lah Orang Yang Dalam Kesusahan

Walaupun Hari Raya Aidilfitri semakin hampir..Hanya tinggal 1 hari je lagi..tapi kita kena ingat..mungkin ada yang di antara kita yang sedang bersedih atas permergian orang yang tercinta. Nasib ini sebenarnya dilalui oleh rakan sekelas aku sendiri iaiti Nasharuddin Bin Zainal. Sebenarnya dia baru sahaja kehilangan bapa pada hari khamis pukul 11 pagi semalam. Pada hari itu lah hari yang ditunggu-tunggukan oleh semua student kelas aku sebab nak balik kampung masing-masing jumpa keluarga dan sanak saudara. Tapi apa perasaan korang bila korang nak balik kampung lepas tu terima berita yang salah satu daripada keluarga korang dah pergi buat selama-lamanya. Kalau aku mestilah aku sedih sebab tinggal 2 hari je nak sambut Aidilfitri. Siapa j yang tak sedih kan. Tapi nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia sebab tu Allah jemput dia dalam bulan puasa.
Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Kita sebagai anak kena lah banyakkan berdoa, bersabar dan sedekahkan Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin insyaAllah. Sebagai rakan sekelas aku jugak bersimpati dengan Nasha, mungkin hari ni hari dia, esok lusa mungkin akan tiba hari aku pula. Apa yang kita boleh buat ialah doa banyak-banyak semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan umur ibubapa kita yang masih hidup. Amin...Ya Rabbal Alamin..
Dekat sini jugak aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada Nasharuddin sekeluarga. Banyakkan bersabar ye..

Wednesday, August 15, 2012

Balik Kampung..oh..oh..Balik Kampung

Menjelang hari raya...berakhirnya puasa...
Ceh wah...tak sabar nak balik kampung esok...

So..kat sini saya ingin mengambil kesempatan kepada semua yang akan pulang ke kampung halaman..pandu lah dengan berhati-hati..semoga sampai dengan selamat ke tempat yang hendak dituju..tak payang nak bawa kereta or motor tu laju-laju..kalau bawa slow pun sampai jugak...kan...kan...kalau boleh elakkan dari terlibat dalam kemalangan jalan raya..maklum lah dekat-dekat nak raya ni makin banyak pulak accident..

kalau kita rasa macam kita terbawa laju tu...ingat lah orang yang tersayang yang sedang menantikan kepulangan kita..InsyaAllah..kita akan pandu dengan cermat..kalau tak jadi jugak tu tandanya hati korang tu keras..hehehe...tak makan saman punya orang..

Kepada budak-budak sekolah untung lah diorang boleh balik hari ni..sebab esok diorang start cuti sekolah..bagi student Politeknik macam aku ni terpaksa lah tunggu sehari lagi..esok baru balik..eleh..sehari je pun..balik kampung hari ni ke esok ke raya tetap hari ahad jugak..hehehe...

Hari ni adalah hari terakhir aku berbuka puasa dengan member-member serumah aku untuk tahun ini..sambil disulami dengan air hujan yang mencurah-curah..macam dah tau je kitorang nak balik esok..insyaAllah..semester 5 nanti kita puasa sama-sama lagi..

Di kesempatan ni jugak aku nak minta maaf kepada semua orang terutama kepada keluarga yang tersayang..tak lupa kepada teman-teman yang dikasihi.. aku nak minta maaf kalau aku ada terkasar bahasa atau terkasar perbuatan yang buat korang sakit hati..minta maaf lah banyak-banyak..aku ni manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan...

ermm...apa nak cakap lagi ye.... 
hah..raya ni kalau ada kesempatan jemput lah datang ke rumah...dan kepada mak2 saudara, bapak2 saudara dan sepupu sepapat sekalian..sediakan lah duit raya secukupnya..kalau boleh tahun ni naik kan lah angka tu sikit..hihihi...bak kata orang " Setahun sekali " lah kata kan... bukannya selalu dapat duit raya kan..


So...saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin... Raya ni jaga diri elok-elok..kalau makan lemang ke ketupat dengan rendang tu makan pelahan-pelahan..nanti tercekik pulak dekat rumah orang..parah pulak nanti.. 

Okay..that's all...Peace No "Mercun" ...!!! Take Care...!!! hehehe...

Sunday, August 12, 2012

Aura Raya @ Aidilfitri

Kini tiba masanya berhari raya...
Muslimin dan muslimat, sembahyang bersama...
Menyembahkan diri pada yang kuasa...
bermaaf dan maafan di antara kita...

Amboi...layan lagu raya nampak. Best tau lagu raya ni, nyanyian Sanisah Huri yang berjudul Aidilfitri. Cuba lah korang layan lagu ni..mesti ada yang menangis bila dengar lagu ni. Aku tak ada lah nangis bagai, tapi terus teringat dekat kampung halaman. 

Tak sabar nak balik kampung nak sambut aidilfitri. Seronok gak belajar jauh-jauh ni, boleh rasa macam mana perasan nak balik kampung berhari raya. Serius tak sabar beb.. 4 hari je lagi, maka berangkat lah aku ke kampung halaman yang tercinta.. ceh wah.. kalau dekat kampung sekarang ni mesti dah meriah dengan bunyi mercun kan. kebaabom sana...kebaabom sini... tapi kena ingat juga, jangan sampai putus sana sini. nanti susah pulak nak makan ketupat ke lemang ke rendang ke.. Perrgghhh.. itu yang sodap tu.. so dalam kesempatan ini, aku nak nasihatkan korang supaya main mercun tu hati-hati.. hehehe.. macam iklan dekat TV pulak..

Tapi dalam menghitung hari nak balik kampung ni, teringat pulak aku dekat assignment yang tak siap-siap lagi. Semua kerja tu nak kena hantar hari selasa dengan rabu ni.. masa nak dekat raya ni pulak lecturer nak bagi banyak kerja.. bagi sikit-sikit dah lah.. hihihi... (Nak sikit buat POLITEKNIK sendiri lah..) InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan dan meringankan bebaban ku..Amin....

Sambung balik cerita pasal aura raya, lagu raya pun dah bersepah-sepah kleuar dekat radio. Bila bawak kereta je, buka radio mesti ada lagu raya. Itu yang menambahkan lagi semangat nak raya tu. Semangat..semangat juga, aku punya baju melayu dengan kasut tak beli lagi ni..susah-susah sangat aku pakai je baju melayu tahun lepas, habis cerita..duit pun jumat..hehehe.. tapi bab kasut mesti kena beli, sebab kasut lama dah nak koyak dah.. aku balik hari khamis ni, so aku ada masa hari jumaat dengan hari sabtu je, hari ahad tu dah raya dah.. So, hopefully semuanya berjalan dengan lancar lah.. okay.. see yaa...

Thursday, August 9, 2012

10 Ramadhan Terakhir

Assalammualaikum semua..selamat menjalani ibadah puasa bagi yang beragama islam dan kepada yang bukan islam boleh la cuba-cuba puasa sehari dua ke..hehehe..
sedar tak sedar kita dah pun berada dalam 10 ramadhan yang terakhir atau lebih dikenali dengan malam lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.


Apabila tibanya malam lailatul qadar ni, ramai orang bergembira sebab itu tandanya raya dah nak dekat..hahahaha.. buruk perangai kau..orang bersedih sebab bulan ramadhan dah nak habis. Tapi memang realitinya orang seronok lah sebab dah nak raya. Nak pula lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio sekarang ni. Siapa je yang tak suka raya. Lecturer aku pun dah ade yang ambil cuti awal sebab nak raya punya pasal. Antara orang yang untungnya student la, sebab kelas tak ada. boleh balik awal. huhuhu... tak sabar nak balik raya ni. Lagi 7 hari lagi nak balik kampung. 


So persiapan raya aku belum siap lagi ni. Tapi tak apa sebab malam raya nanti bersepah-sepah sales di merata-rata tempat. Bak kata orang putih " Don't worry be happy." Tahun ni aku cuti raya seminggu je, okay la tu kan. Bukan nak lama sangat pun. Tapi kalau dapat cuti lama siapa tak nak. orang sewel je tak nak. Tempat sasaran aku beli baju raya masa malam raya dekat Ampangan, Seremban. ramai lah juga orang datang beli belah kat situ. ye lah dah beli belah lah kan. hihihi..

Kalau masa zaman dulu-dulu aku beli kasut raya dekat situ lah sebab murah katanya. Tapi sekarang ni aku dah tak beli kat situ lagi dah. Sebab apa korang nak tau. Sebab harga kasut dekat situ sama je dengan yang dekat kedai. lebih baik aku beli kat kedai..sama je harganya.
Tema raya aku tahun ni warna kelabu, mula-mula nak tema warna merah tapi ditukar last minute sebab akak aku beli baju warna kelabu. kalau aku beli warna merah tak sedondon lah nanti. tak meriah lah raya..hahaha...
Spongebob pun sambut Hari Raya...!!! Horeyy..!!!

Saturday, August 4, 2012

Aku Suka Kau Suka ??


Assalammualaikum kepada semua muslimin dan masih belum terlambat untuk aku ucapakan selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang..InsyaAllah.
Pejam celik pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa.. dan lagi 2 minggu kita nak sambut hari raya aidilfitri yang kita semua nanti-nantikan.. 

Entry kali ni aku nak kongsi tentang apa yang orang suka tapi aku tak suka atau pun sebaliknya. Bak kata pepatah " Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain-lain." Benda apa yang aku tak suka ni makoriti orang suka, especially budak lelaki lah. Walaupun aku lelaki, tapi aku tak suka atau tak minat sangat dengan benda ni. Bukan totally tak suka lah, cuma tak berapa minat orang kata atau pun bahasa mudahnya tak " Fanatic " sangat lah.


Yang pertama, aku tak minat sangat main bola. kadang-kadang ada yang pelik kenapa aku tak minat main bola. Kata lelaki tapi tak minat main bola kan. suka jiwa aku lah. hihi.. Bukannya aku tak suka or tak minat langsung main or sukan bola sepak ni, cuma tak fanatic sangat lah. Contohnya pelawanan bola sepak Euro baru-baru ni, ramai orang sangggup bangun 2, 3, 4 pagi semata-mata nak tengok bola. kalau aku baik tido lagi bagus. Habis kalau nak tau result pun tengok je surat khabar or tengok berita. Bagi aku tau siapa yang menang cukup lah. Tapi kalau ada perlawanan dekat stadium bukit jalil lah contohnya, agak-agak korang aku pergi tak..?? Yang ni aku tak terus kata tak minat sebab mungkin suasananya berbeza kalau kita tengak dalam TV. Dekat dalam stadium kita boleh tengok secara live dan suasananya mungkin lebih meriah kan. part ni berbeza lah.


Yang kedua, aku tak suka kalau ada orang ajak aku gi "melepak." Maksud aku duduk melepak saja-saja. Contohnya, ada member ajak aku keluar lepas tu duduk melepak dan borak-borak semata-mata. Oh tidak !! Boringnya. Kecuali orang tu ajak aku pergi ke tempat-tempat yang best or tempat yang aku tak pernah pergi atau tempat yang jarang aku pergi. Itu baru lah fun. Contohnya, pergi tengok wayang ke.. pergi shopping ke walaupun tak beli apa-apa, saja cuci mata.. pergi tempat-tempat perlancongan ke.. tapi yang murah-murah lah sebab aku bukan banyak duit pun. haha...


Yang seterusnya, aku ni jenis orang yang tak banyak cakap. Sampai ada kawan-kawan aku cakap aku ni "pemalu" dan "pendiam". Bab pemalu tu bukannya aku ni sentiasa malu 24 jam. Kiranya malu bertempat lah. Lagi pun sifat pemalu itu harus ada dalam diri setiap orang. Nabi Muhammad S.A.W pun pemalu orangnya. Tapi adakah Rasulullah itu pemalu sampai takut nak jumpa orang. Semestinya tidak kan. macam tu lah aku. Dari segi pendiam pula, mungkin betul tapi bukannya 24 jam aku ni senyap je. Walaupun dalam kelas memang aku senyap je sebab tak benda yang nak dibualkan masa tu. So, aku diam je lah. Tak kan aku nak merapu sorang-sorang, nanti orang kata aku ni "sewel" pula dah. Bagi sesiapa yang tak kenal aku, orang tu akan cakap aku ni pendiam atau pemalu. Tapi bagi Sesiapa yang kenal aku, diorang tau lah aku ni pendiam ke tak pemalu ke tak..


So, akhir kata " Don't Judge A Book By Its Cover." Setiap orang ada cara hidup masing-masing. Hormat-menghormati itu paling penting dalam hidup kita. Terutama menghormati pendapat atau keputusan orang lain. okay, That's all... papai..!!