Sunday, August 12, 2012

Aura Raya @ Aidilfitri

Kini tiba masanya berhari raya...
Muslimin dan muslimat, sembahyang bersama...
Menyembahkan diri pada yang kuasa...
bermaaf dan maafan di antara kita...

Amboi...layan lagu raya nampak. Best tau lagu raya ni, nyanyian Sanisah Huri yang berjudul Aidilfitri. Cuba lah korang layan lagu ni..mesti ada yang menangis bila dengar lagu ni. Aku tak ada lah nangis bagai, tapi terus teringat dekat kampung halaman. 

Tak sabar nak balik kampung nak sambut aidilfitri. Seronok gak belajar jauh-jauh ni, boleh rasa macam mana perasan nak balik kampung berhari raya. Serius tak sabar beb.. 4 hari je lagi, maka berangkat lah aku ke kampung halaman yang tercinta.. ceh wah.. kalau dekat kampung sekarang ni mesti dah meriah dengan bunyi mercun kan. kebaabom sana...kebaabom sini... tapi kena ingat juga, jangan sampai putus sana sini. nanti susah pulak nak makan ketupat ke lemang ke rendang ke.. Perrgghhh.. itu yang sodap tu.. so dalam kesempatan ini, aku nak nasihatkan korang supaya main mercun tu hati-hati.. hehehe.. macam iklan dekat TV pulak..

Tapi dalam menghitung hari nak balik kampung ni, teringat pulak aku dekat assignment yang tak siap-siap lagi. Semua kerja tu nak kena hantar hari selasa dengan rabu ni.. masa nak dekat raya ni pulak lecturer nak bagi banyak kerja.. bagi sikit-sikit dah lah.. hihihi... (Nak sikit buat POLITEKNIK sendiri lah..) InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan dan meringankan bebaban ku..Amin....

Sambung balik cerita pasal aura raya, lagu raya pun dah bersepah-sepah kleuar dekat radio. Bila bawak kereta je, buka radio mesti ada lagu raya. Itu yang menambahkan lagi semangat nak raya tu. Semangat..semangat juga, aku punya baju melayu dengan kasut tak beli lagi ni..susah-susah sangat aku pakai je baju melayu tahun lepas, habis cerita..duit pun jumat..hehehe.. tapi bab kasut mesti kena beli, sebab kasut lama dah nak koyak dah.. aku balik hari khamis ni, so aku ada masa hari jumaat dengan hari sabtu je, hari ahad tu dah raya dah.. So, hopefully semuanya berjalan dengan lancar lah.. okay.. see yaa...

No comments:

Post a Comment