sedar tak sedar kita dah pun berada dalam 10 ramadhan yang terakhir atau lebih dikenali dengan malam lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan.
Apabila tibanya malam lailatul qadar ni, ramai orang bergembira sebab itu tandanya raya dah nak dekat..hahahaha.. buruk perangai kau..orang bersedih sebab bulan ramadhan dah nak habis. Tapi memang realitinya orang seronok lah sebab dah nak raya. Nak pula lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio sekarang ni. Siapa je yang tak suka raya. Lecturer aku pun dah ade yang ambil cuti awal sebab nak raya punya pasal. Antara orang yang untungnya student la, sebab kelas tak ada. boleh balik awal. huhuhu... tak sabar nak balik raya ni. Lagi 7 hari lagi nak balik kampung.
So persiapan raya aku belum siap lagi ni. Tapi tak apa sebab malam raya nanti bersepah-sepah sales di merata-rata tempat. Bak kata orang putih " Don't worry be happy." Tahun ni aku cuti raya seminggu je, okay la tu kan. Bukan nak lama sangat pun. Tapi kalau dapat cuti lama siapa tak nak. orang sewel je tak nak. Tempat sasaran aku beli baju raya masa malam raya dekat Ampangan, Seremban. ramai lah juga orang datang beli belah kat situ. ye lah dah beli belah lah kan. hihihi..
Kalau masa zaman dulu-dulu aku beli kasut raya dekat situ lah sebab murah katanya. Tapi sekarang ni aku dah tak beli kat situ lagi dah. Sebab apa korang nak tau. Sebab harga kasut dekat situ sama je dengan yang dekat kedai. lebih baik aku beli kat kedai..sama je harganya.
Tema raya aku tahun ni warna kelabu, mula-mula nak tema warna merah tapi ditukar last minute sebab akak aku beli baju warna kelabu. kalau aku beli warna merah tak sedondon lah nanti. tak meriah lah raya..hahaha...
![]() |
| Spongebob pun sambut Hari Raya...!!! Horeyy..!!! |






No comments:
Post a Comment