Friday, August 17, 2012

Ingat Lah Orang Yang Dalam Kesusahan

Walaupun Hari Raya Aidilfitri semakin hampir..Hanya tinggal 1 hari je lagi..tapi kita kena ingat..mungkin ada yang di antara kita yang sedang bersedih atas permergian orang yang tercinta. Nasib ini sebenarnya dilalui oleh rakan sekelas aku sendiri iaiti Nasharuddin Bin Zainal. Sebenarnya dia baru sahaja kehilangan bapa pada hari khamis pukul 11 pagi semalam. Pada hari itu lah hari yang ditunggu-tunggukan oleh semua student kelas aku sebab nak balik kampung masing-masing jumpa keluarga dan sanak saudara. Tapi apa perasaan korang bila korang nak balik kampung lepas tu terima berita yang salah satu daripada keluarga korang dah pergi buat selama-lamanya. Kalau aku mestilah aku sedih sebab tinggal 2 hari je nak sambut Aidilfitri. Siapa j yang tak sedih kan. Tapi nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia sebab tu Allah jemput dia dalam bulan puasa.
Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Kita sebagai anak kena lah banyakkan berdoa, bersabar dan sedekahkan Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin insyaAllah. Sebagai rakan sekelas aku jugak bersimpati dengan Nasha, mungkin hari ni hari dia, esok lusa mungkin akan tiba hari aku pula. Apa yang kita boleh buat ialah doa banyak-banyak semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan umur ibubapa kita yang masih hidup. Amin...Ya Rabbal Alamin..
Dekat sini jugak aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada Nasharuddin sekeluarga. Banyakkan bersabar ye..

2 comments:

  1. tol2....btw nak bagythu anda di tag....meh tgok sat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lah tak dapat nak jawab soalan2 kau tu sebab aku baru je update blog ni beberapa hari lepas..haha..teruk kan ??? sorry friends....

      Delete