Assalammualaikum . [tak jawab dosa]
Hari yang aku tunggu-tunggu selama ni dah pun tiba . Apa yang aku tunggu sebenarnya ? ? Aku tunggu result aku keluar lah . Alhamdulillah , syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku LULUS semua paper yang aku ambil [text dah macam nak bagi ucapan dalam perhimpunan pagi je] . Tarikh 10 DECEMBER 2012 menjadi tarikh keramat bagi aku . HeHe . Even dah 2 hari berlalu , tapi keseronokkan yang beronok-ronok itu masih terasa lagi wa cakap sama lu . Tak sia-sia aku bersekang mata study sampai pukul 6 pagi , tapi tu untuk paper last je sebab subjek tu aku banyak benda tak faham . Study pun last2 minit , Alhamdulillah dapat juga B+ . Teror jugak aku sebenarnya..HaHa.. [perasan je lebih , jentik telinga baru tau] .
1 peperangan dah lepas . Sem depan dah start aku punya LI *(Latihan Industri) . Actually hari isnin depan dah start aku kena lapor diri . Tak lama je lagi . Harap aku dapat buat dengan jayanya . Aku pun LI dekat TNB yang dekat dengan rumah aku ni je . Tak jauh pun . Duit pun saving [errmmm....saving kerr...???] . Tapi satu benda je lah yang tak best . TNB tak bagi elaun la . Kedekut betul . Tak nak bayar bil elektrik baru tau [tak de kena mengena kan] . Tapi tak apa , yang penting dia kena bagi aku markah lebih untuk LI tu nanti . Kalau tak siap dia . Aku tembak guna kereta kebal . HiHiHi...kejam tak aku . Nanti bila dah LI mula lah kena buat report bagai . Kadang-kadang rasa excited pun ade bila dah nak LI ni . Rasa takut pun ade jugak . bukan pasal apa , takut aku tak tau nak buat apa nanti . Harap2 segala urusan aku depermudahkan oleh Alah s.w.t . Amin.. InsyaAllah .
By the way , aku nak ucapkan tahniah kepada diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang LULUS final exam . Kalau ade yang gagal tu jangan sedih-sedih . Cuba lagi jangan putus asa , itu mungkin ujian daripada Allah . Lastly , I hope korang semua buat kerja elok-elok masa LI nanti . Jangan nakal-nakal [ceh wah] . And the most importannt thing jaga keselamatan diri anda , kerana diri mu begitu berharga . HaHaHa.... [sempat lagi buat iklan] . Okay... TaTa... TiTi...TuTu...
No comments:
Post a Comment