Monday, February 11, 2013

Mengantuk Tengok wayang

Assalammualaikum...

Entry kali ni aku nak citer pasal aku pergi tengok wayang hari tu . Pergi tengok wayang pun nak citer kan . Mengada-ngada betul . Macam first time je tengok wayang . padahal dah berpuluh-puluh citer aku tengok .

Cerita dia pada hari sabtu lepas ,
Kawan aku yang study dekat Melaka tu balik sempena cuti Haru raya cina ni . So , dia pun ajak lah aku keluar pergi Seremban . aku mula-mula malas jugak nak keluar . Tu pun sebab tengah sengkek sekarang ni . Kalau tak , aku yang paksa orang keluar merayau . Jahat tak aku . Bila fikir-fikir balik , duduk umah pun takda apa yang nak dibuat . Nak kemas umah memang tak lah kan . Rajin pulak aku .

Dalam pukul 4 aku jemput kawan aku dekat kedai mak dia . Sampai je aku kat kedai mak dia tu , dia terus naik kereta . Terkesima jugak aku sekejap sebab terkezut tetiba je ada orang masuk . Aku tak sempat tarik handbrake pun lagi . Lepas tu kawan aku tu terus bersuara :

"Dekat luar panas , dalam kereta sejuk sikit"

Aku pun tak cakap apa-apa terus jalan menuju ke destinasi yang dirancang . Ececeh.. ayat nak skematik . Kitorang cadang nak lepak Jusco je sebab nak pergi Popular beli buku . Mentang- mentang dah dapat voucher buku . kemain lagi kau kan . Kalau tak jangan harap kau nak beli buku . Jangan kata nak beli buku , Kedai buku pun kau tak nak pandang . Bila sampai je dekat Jusco , tetiba aku terfikir yang parking mesti penuh punya . Lagi-lagi dah nak raya cina dah ni . Confirm penuh punya lah parking . Tapi alhamdulillah , aku masuk je ade orang nak keluar , so apa lagi lah kan . Berbunga-bunga lah hati aku . Tak payah nak bazirkan tenaga aku nak cari parking .

Lepas habis je beli buku tu semua , kitorang plan nak tengok wayang pulak . Citer "Hantu Kak Limah 2 : Usin , Mon , dan Jin Pakai Toncet" . Dia punya tajuk cerita je dah panjang menjela . Semput nafas aku nak cakap dengan akak kaunter tiket tu . HaHaHa... Lepas je aku cakap tajuk citer yang panjang menjela tu , akak kaunter tu cakap yang pukul 8 lebih punya tiket dah penuh . Kalau ada pun m seat yang belah depan . Kalau tengok memang sakit lah kepala kau nak mendongak sampai citer tu abis . Lepas tu akak tu suggest amik yang midnight punya pukul 11.55 p.m . So , kitorang pun amik je lah . Lepas beli tiket , aku temgok jam baru pukul 8.40 p.m . Ada lagi 3 jam lebih citer tu nak start . So , perut pun dah lapar . pergi lah makan kejap . lepas makan tengok lagi jam baru pukul 9.30 p.m . Ada lagi 2 jam lebih lagi . Apa nak buat , nak jenjalan pun , kedai dengan mall pun dah tutup dah . Aku pun saja je lah bawak kereta perlahan mengalahkan siput sedut sebab nak haniskan masa . Pukul 10 aku masuk balik dekat Jusco . Lepas parking , kawan kitorang duk melepak dalam kereta sampai 2 jam semata-mata nak tunggu wayang start . 2 jam tu bukannya kejap . Mata pun dah mengantuk . Aku dengan kawan aku pun dah salah menyalahkan antara satu sama lain .

Liana : Ni kau lah ni Apis . Nak jugak tengok wayang tengah2 malam ni.
Aku   : Apa pulak aku . Aku ikut je kalau kau nak tengok aku temgok lah sekali . Ni salah kau jugak .
Liana : Haish... kalau tak kita dah tido dah time macam ni .
Aku   : Haah kan . Kalau tak kita dah melingkar dah dekat atas katil .

Lepas tu memasing gelak tak berenti .

Tengok jam dah pukul 11.40 macam tu l kitorang pun masuk . Dengan mata kuyunya dengan selamba kitorang masuk beli popcorn bagai . Orang tengok mesti pelik punya . Tapi okay lah bila
masuk , citer start je . Tetiba mata jadi segar sebab citer tu mula-mula je dah kelakar dah . Mengantuk pu jadi hilang lah sekejap . Ada satu part tu memang aku gelak sakan lah sebab lawak gilerr . Overall citer ni memang best + Terbaaeekkkkk lah . Tak rugi lah aku bersengkang mata menahan ngantuk sebab nak tengok citer ni . 

Sampai je aku dekat rumah terus tukar baju , basuh muka , lepas tu terus tido tak sedar diri . Orang cina memekak main mercun kat luar tu pun aku tak dengar sebab dah ngantuk tahap gaban . 
HaHaHa... Okay , that's all yang aku nak citer . K bye . 

No comments:

Post a Comment