Tuesday, April 16, 2013

CONGRATULATION !!!

Assalammualaikum...

Tanggal 13/4/2013 bersamaan hari Sabtu yang lepas merupakan hari bersejarah buat akak aku yang bernama Nurhanis Nadia Binti Md Isa . Hari itu merupakan hari jubah akak aku . Kalau ada sesapa yang tak paham hari jubah tu apa , hah.. haru jubah tu ialah hari Konvokesyen sebenarnya . Saja nak bagi ayat gempak sikit . Walaupun tak gempak mana pun sebenarnya . Setelah penat dan berhempas pulas belajar selama 3 tahun dalam jurusan Diploma In Nursing . Akhirnya , satu majlis yang gilang gemilang yang dinantikan setiap student IPT iaitu hari konvokesyen telah berlangsung dengan jayanya di Putrajaya International Convention Centre (PICC) .

Ayat aku ni dah macam ayat dalam surat khabar Utusan Malaysia lah pulak . Takpa lah , sekali sekala kata ko..

So tak nak mengarut panjang sangat , hari tu kitorang 1 family termasuk pakteh aku yang beria-ria nak hantarkan ke PICC tu bertolak seawal 4 pagi kalau kau nak tau . Maknaknya kirorang kena bangun pukul 3 pagi kalau kau nak tau lagi sekali . Dah macam orang nak pergi menoreh getah je aku rasa . Bak kata pakteh aku nanti takut susah nak cari parking . Lagi pun ramai orang yang datang nantikan , bukan kau sorang je .

Sampai sana dalam pukul 5.30 pagi , memang tersangat lah awal nya kan . Event pun start pukul 7 pagi , so ada 1 jam setengah lagi nak tunngu sebelum majlis start . Berjanggut lah jugak nak tunggu sejam lebih tu . Perut aku pulak tetiba lah nak sakit . Tapi nasib baik perut aku tak meragam , so aku boleh tahan lagi lah .

First time aku datang dekat PICC ni , memang best lah wa cakap sama uols.. pemandangan pun cantik je . Tapi masa aku sampai tu memnag tak nampak apa lah , pukul 5.30 apa je yang boleh kau nampak . Masuk je dekat lobi PICC tu dah nampak bersepah-sepah orang jual bunga . Alah bunga yang ada bear tu . Ayah aku pun belikan lah satu bunga tu untuk akak aku . Harga bunga tu tak payah nak citer lah kan , aku rasa semua orang dah boleh agak berapa harga bunga tu . Harga bunga yang jual dekat dalam memang mahal , kalau nak beli bunga better beli bunga yang ada jual dekat luar . Tapi masalahnya , aku tak nampak pun ada orang jual bunga dekat area luar tu . It's okay.. bukannya selalu pun , sekali seumur hidup . Kalau sesapa yang ambik ijazah tu lain citer lah .

Dewan PICC
Mula-mula ayah dengan ibu yang nak masuk dekat hall . Tapi tetiba ayah aku ubah fikiran then suruh aku dengan ibu je yang masuk . Ayah nak pergi makan , dah lapar sangat katanya . Mula-mula nak masuk excited jugak lah aku , tapi bila event tu dah start mula lah aku menguap and mata pun rasa nak lelap je . Mana tak nya kalau dia umumkan sorang demi sorang nama student . Berapa ramai pulak graduates yang ada hari tu . Lepas je tengok akak aku naik stage ambik scroll tu [tak pasti ejaan aku tu betul ke tak] aku dengan ibu decide nak keluar je sebab penat sangat duduk lelama dalam tu . Dah keluar tu sempat lagi posing sana posing sini ambik gambar . Ye lah bukannya selalu datang sini kan . [dah nampak dah keterujaan aku di situ]

Posing ala-ala model mat bunga giteww...

Yang paling aku suka dekat PICC ni , dia punya escalator . Sebab escalator dia tak sentiasa bergerak 24 jam . Dia bergerak bila ada orang pijak escalator tu and then baru binatang tu bergerak . [ gayat tak aku ] Benda macam tu pun nak teruja bagai . Ye lah dekat rumah aku takda escalator macam tu . HaHa...

Apa-apa pun TAHNIAH lah kepada semua graduan KLMU terutama kepada my sister . tahniah sekali lagi kerana memberi aku semangat untuk belajar rajin-rajin dan aku dapat cemerlang dalam pelajaran aku . InsyaAllah , moga itu menjadi satu azam , semangat , serta doa bagi diri ku ini . Amin... Amin... Ya Rabbal Alamin..

Congratulation !!! ^_~

No comments:

Post a Comment