Saturday, August 4, 2012

Aku Suka Kau Suka ??


Assalammualaikum kepada semua muslimin dan masih belum terlambat untuk aku ucapakan selamat menjalani ibadah puasa dengan tenang..InsyaAllah.
Pejam celik pejam celik dah 2 minggu kita berpuasa.. dan lagi 2 minggu kita nak sambut hari raya aidilfitri yang kita semua nanti-nantikan.. 

Entry kali ni aku nak kongsi tentang apa yang orang suka tapi aku tak suka atau pun sebaliknya. Bak kata pepatah " Rambut Sama Hitam Tapi Hati Lain-lain." Benda apa yang aku tak suka ni makoriti orang suka, especially budak lelaki lah. Walaupun aku lelaki, tapi aku tak suka atau tak minat sangat dengan benda ni. Bukan totally tak suka lah, cuma tak berapa minat orang kata atau pun bahasa mudahnya tak " Fanatic " sangat lah.


Yang pertama, aku tak minat sangat main bola. kadang-kadang ada yang pelik kenapa aku tak minat main bola. Kata lelaki tapi tak minat main bola kan. suka jiwa aku lah. hihi.. Bukannya aku tak suka or tak minat langsung main or sukan bola sepak ni, cuma tak fanatic sangat lah. Contohnya pelawanan bola sepak Euro baru-baru ni, ramai orang sangggup bangun 2, 3, 4 pagi semata-mata nak tengok bola. kalau aku baik tido lagi bagus. Habis kalau nak tau result pun tengok je surat khabar or tengok berita. Bagi aku tau siapa yang menang cukup lah. Tapi kalau ada perlawanan dekat stadium bukit jalil lah contohnya, agak-agak korang aku pergi tak..?? Yang ni aku tak terus kata tak minat sebab mungkin suasananya berbeza kalau kita tengak dalam TV. Dekat dalam stadium kita boleh tengok secara live dan suasananya mungkin lebih meriah kan. part ni berbeza lah.


Yang kedua, aku tak suka kalau ada orang ajak aku gi "melepak." Maksud aku duduk melepak saja-saja. Contohnya, ada member ajak aku keluar lepas tu duduk melepak dan borak-borak semata-mata. Oh tidak !! Boringnya. Kecuali orang tu ajak aku pergi ke tempat-tempat yang best or tempat yang aku tak pernah pergi atau tempat yang jarang aku pergi. Itu baru lah fun. Contohnya, pergi tengok wayang ke.. pergi shopping ke walaupun tak beli apa-apa, saja cuci mata.. pergi tempat-tempat perlancongan ke.. tapi yang murah-murah lah sebab aku bukan banyak duit pun. haha...


Yang seterusnya, aku ni jenis orang yang tak banyak cakap. Sampai ada kawan-kawan aku cakap aku ni "pemalu" dan "pendiam". Bab pemalu tu bukannya aku ni sentiasa malu 24 jam. Kiranya malu bertempat lah. Lagi pun sifat pemalu itu harus ada dalam diri setiap orang. Nabi Muhammad S.A.W pun pemalu orangnya. Tapi adakah Rasulullah itu pemalu sampai takut nak jumpa orang. Semestinya tidak kan. macam tu lah aku. Dari segi pendiam pula, mungkin betul tapi bukannya 24 jam aku ni senyap je. Walaupun dalam kelas memang aku senyap je sebab tak benda yang nak dibualkan masa tu. So, aku diam je lah. Tak kan aku nak merapu sorang-sorang, nanti orang kata aku ni "sewel" pula dah. Bagi sesiapa yang tak kenal aku, orang tu akan cakap aku ni pendiam atau pemalu. Tapi bagi Sesiapa yang kenal aku, diorang tau lah aku ni pendiam ke tak pemalu ke tak..


So, akhir kata " Don't Judge A Book By Its Cover." Setiap orang ada cara hidup masing-masing. Hormat-menghormati itu paling penting dalam hidup kita. Terutama menghormati pendapat atau keputusan orang lain. okay, That's all... papai..!!


Thursday, May 24, 2012

Sebab Kenapa Tidak Semua Orang Jadi Kaya


Ramai orang kadang-kadang merungut sebab tak ada duit, tak banyak harta, tak dapat hidup senang lenang, tak dapat nak beli barang mewah-mewah macam iPhone, ipad, baju Zara dan sebagainya lah. kalau senarai nanti takut tak habis pulak. Kesemua tanda tanya itu tadi, kita berbalik kepada Allah S.W.T Yang Maha Mengetahui segala-galanya. Kenapa Allah tidak memberikan kekayaan kepada semua umat manusia ??? Jawapannya ada dalam Al-Quran. Ayat apa aku tak ingat dan dalam ayat tu Allah kata Dia boleh berikan kekayaan yang melimpah ruah kepada semua manusia tetapi nescaya dunia akan menjadi huru-hara. Kenapa pulak boleh jadi huru-hara kalau semua orang dah kaya ?? Mesti ramai yang fikir kalau semua orang kaya tentu dunia akan lebih aman dan harmoni kan ??? Tapi Allah kata akan jadi huru-hara kalau semua orang kaya.

Kenapa ???


Maksudnya macam ni lah, bayangkan setiap kali lepas subuh kita buka je pintu, depan pintu tu ada duit RM1 juta. Kita dapat RM1 juta setiap pagi dekat depan pintu. Sapa tak suka kan ?? Lepas kita ambil duit tu kita rasa happy dan terus bersiap nak pergi makan dekat Restoran paling mewah. Tapi kali ni tak nak naik kereta, nak naik bas sebab duit banyak sangat kan. kita pun tunggu lah dekat bus stop dari pukul 7 pagi sampai 3 petang bas tak muncul-muncul. Kenapa ?? Sebab driver bas tu pun dapat RM1 juta pagi tadi. Jadi buat apa nak jadi driver bas kalau setiap hari dapat RM1 juta. Kita pun balik rumah naik lah kereta. Kerata minyak pulak dah nak habis. Pergi Petronas tengok tutup pulak. Kenapa ?? Sebab pekerja Petronas tu pun dapat RM1 juta pagi tadi. Jadi buat apa nak kerja lagi kan. Disebabkan dah lapar sangat kita pergi restoran tu dengan jalan kaki. Sampai je dekat depan restoran tu, tutup pulak. Kenapa ?? Sebab pekerja restoran tu pun dapat RM1 juta pagi tadi. Jadi buat apa nak kerja lagi. Kita pergi pulak dekat kedai runcit nak beli roti. kedai tu pun tutup juga. Kenapa ?? Sebab orang tu pun dapat RM1 juta. Orang yang buat roti pun dah berhenti sebab dapat RM1 juta. jadi last sekali kita pun mati kebuluran. Huru-hara tak hidup kita ?? 

Moral Of The Story....... kita jangan merungut kalau kita tak kaya. Sebab kenapa Allah jadikan manusia ada kaya dan ada yang miskin. sebab Allah nak kita tolong- menolong, orang kaya tolong orang miskin ringankan beban. Tapi zaman sekarang ni orang kaya dah lupa diri, dah jadi sombong, bongkak, bangga diri sebab dah jadi kaya. Kalau tuhan tarik balik baru padan muka. Selain tu, Allah nak kita cari rezeki dengan usaha kita sendiri. Cara itu lah baru dunia ini aman macam sekarang. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galanya. 

Renung-renungkan lah yee...!!!

Sunday, March 25, 2012

Balik Rumah Sorang-sorang

Home Sweet Home...!!! :D

Minggu ni aku balik rumah sorang-sorang je. Hari jumaat lepas sepatutnya aku balik naik bas pukul 7. Tu pun sebab petang tu ada test ET. lepas tu test tu dianjakkan pukul 11, tapi petang ade taklimat untuk final exam. Disebabkan ramai budak kelas aku yang tak pergi, so aku pun buat keputusan balik kampung naik bas ke KL walaupun aku dah beli tiket pukul 7. RM13 m elayang macam tu je lah. Tapi nak balik punya pasal apa pun sanggup. sekarang aku dalam perjalanan nak balik rumah sewa. macam biasa lah, tiap kali nak balik rumah sewa je aku muram sikit lah. ye lah tak puas duduk kat rumah walaupun dah bertahun aku duduk kat rumah tu. maklum lah, tempat jatuh lagi dikenang ini kan pula rumah aku sendiri.


hari ni sempat juga lah aku pergi shopping barang perkahwinan abang saudara aku. pukul 1.30 aku sampai rumah. Nasib baik juga aku pilih naik train ETS, daripada aku naik bas. boleh gak aku lepak kat rumah lama sikit. lagi satu tak ada aku kelam kabut nak balik. semuanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah....

Balik rumah sewa naik train ETS.
cuaca hari ni pun ok juga, hujan sekejap je tadi. balik kampung kali ni sunyi sikit lah sebab kaklong tak ada, dia pergi praktikal dekat johor. tapi nasib baik Onyen ada, tak ada lah aku sunyi sangat. Onyen tu kucing kesayangan aku.
Kucing kesayangan ku..!!! ONYEN !!! Comel kan.

walaupun aku tak boleh bercakap dengan dia. tapi aku rasa dia faham aku kot. kalau aku ada dekat dengan dia je aku rasa tenang. tenang sangat tengok muka dia yang comel tu. kaklong praktikal 2 bulan pulak tu, dah lah bulan 5 nanti aku kena jadi pengapit. maklang aku pun satu, apasal lah pilih aku jadi pengapit. aku ni dah lah darah gemuruh bila depan orang ramai. nanti silap-silap bukan aku yang lap peluh dengan kipas pengantin tapi sibuk duk lap peluh dengan kipas diri sendiri. tapi dak maklang mintak tolong sangat-sangat redah je lah. ketepikan soal pengapit tu kejap, sebab sebelum tu, aku kena jawab soalan final exam dulu, sem ni aku nak dapat pointer 3 point ke atas. kalau boleh sampai sem 6 aku nak macam tu. amin insyaAllah. sem 2 ni aku tak tau kenapa aku agak malas berbanding sem 1. maybe tu dugaan kot. aku akan cuba maintain kan prestasi aku untuk dapat pointer 3 point ke atas. insyaAllah. okay lah penat dah aku taip ni, ada sejam setengah lagi nak sampai stesen Tanjung Malim. nak relax jap lah. ok tata everybody.

Monday, December 12, 2011

BaNgUn tEnGaH2 mAlAm cEk rEsUlT... O M G....!!!!!

semalam aku tidur dalam pukul 12 macam tu... lepas tu tiba-tiba aku terjaga.. aku tengok jam ingatkan dah pukul 5 ke apa.. rupa-rupanya baru pukul 2.30 pagi.. aku pun baring balik atas katil.. golek sana golek sini.. pusing sana pusing sini.. entah kenapa aku tak boleh tidur pulak... owh sudah.. fikir punya fikir... aku pun bangun on laptop terus buka FB... aku tengok ada kawan aku post dia dah tau result final exam dia... aku pun apa lagi..hati ku berdegup kencang kerana risau kecundang di tengah jalan... ceh wah ayat...sastera habis... aku pun berani kan diri yang tak berapa nak berani ni gi lah cek result aku... JENG....JENG....JENG.....!!!!!
OWH.... TIDAK.....!!!!!!


tak sangka aku boleh dapat 3 POINT ke atas dan tak ada yang gagal langsung...
ALHAMDULILLAH... SYUKUR YA ALLAH...THANK YOU ALLAH... I LOVE YOU SO MUCH...
tak sangka yang selama ni aku asnyik ingat aku fail rupa-rupanya boleh lulus... betul lah cakap ibu kau.. kalau kita yakin kita boleh.. insyaAllah.. kita boleh...

syukur alhamdulillah.....!!! seronok nya...!!!!


so.. sem 2 ni aku nak struggle lebih lagi untuk dapat keputusan yang lebih lagi..insyaAllah...amin...
kepada kawan-kawan DET 1C... aku harap korang pun dapat apa yang aku dapat... lebih ke kurang ke tak kisah lah.. yang penting kita lulus.... dan sama-sama happy...

GOOD LUCK GUYS...!!!!!!

Monday, December 5, 2011

Assalammualaikum… dah lama tak update blog ni.. hehe.. maklum lah.. sibuk bekerja sikit.. daripada cuti sem ni tak ada buat apa-apa.. lebih baik aku bekerja.. dapat gak duit.. so far duit aku dah ada RM120.. ok lah tu daripada duduk melepak dekat rumah and tak tau nak buat apa.. errmmm…. Hari tu aku ada terbaca satu artikel ni yang berbunyi :-
“ Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan, 
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
Aku tertarik dengan artikel ni sebab ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Selalunya orang susah nak mengaku kesilapan diri sendiri malah ada yang lebih teruk apabila ada seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi dia tak nak mengaku malah mencari salah orang lain pula. Apa salahnya sesekali kita merendahkan diri dan ego kita tu untuk scan balik apa yang telah kita lakukan. Dalam bahasa kasarnya “cermin lah diri tu sikit.” Mungkin kita rasa diri kita betul, tapi dari pandangan orang lain kita tak tahu.

Kalau ada kawan-kawan yang tegur tu jangan pula kita bermasam muka dengan dia. Mana lah tau dari kata-kata kawan kita tu kita boleh ubah yang kurang baik ke arah kebaikan. Wallalhualam.

Tuesday, November 15, 2011

FiNaL ExAm.....!!!!!

Pejam celik…pejam celik..dua paper dah habis..tinggal lagi dua paper [ ENGINEERING MATHEEMATICS and MEASUREMENT ]. Esok paper math..!! haha.. subjek kegemaran ramai kan..dalam hati ni tuhan je yang tau macam mana rassanya. Tapi kita kena relax, cool je..walaupun tak berapa nak cool. Kalau kita gelabah nanti takut semua yang kita dah study jadi lupa. So, kita kena cool je..yakin pada diri sendiri. Malam ni kena study betul-betul lah, masukkan semua bab dalam kepala cepat-cepat. Nasib baik final math ni dia suruh pilih 4 bab daripada 6 bab, so pilih 4 bab yang senang je lah tuk LULUS. Senang ke..?? InsyaAllah senang. Mintak-mintak lah LULUS. Tak nak aku repeat derr..fobia aku dengar perkattan tu. Untuk math ni aku harap lulus je pun dah cukup da… dapat B pun ok gak..tapi tak pe lah..aku target lulus je dulu.. lain daripada tu belakang citerr.. yang penting usaha. Kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh betul tak. Tengok pada usaha masing-masing lah. Usaha lebih dapat lebih, usaha sikit dapat lah sikit. Okay, for all student Politeknik Sultan Azlan Shah, especially class DET 1C, do and try the best for this final and GOOD LUCK. I hope no one from DET 1C repeat in the next semester. AMIN..AMIN..YA RABBAL A’LAMIN…


POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
DET 1C 
GOOD LUCK GUYS.....!!!!