Monday, December 12, 2011

BaNgUn tEnGaH2 mAlAm cEk rEsUlT... O M G....!!!!!

semalam aku tidur dalam pukul 12 macam tu... lepas tu tiba-tiba aku terjaga.. aku tengok jam ingatkan dah pukul 5 ke apa.. rupa-rupanya baru pukul 2.30 pagi.. aku pun baring balik atas katil.. golek sana golek sini.. pusing sana pusing sini.. entah kenapa aku tak boleh tidur pulak... owh sudah.. fikir punya fikir... aku pun bangun on laptop terus buka FB... aku tengok ada kawan aku post dia dah tau result final exam dia... aku pun apa lagi..hati ku berdegup kencang kerana risau kecundang di tengah jalan... ceh wah ayat...sastera habis... aku pun berani kan diri yang tak berapa nak berani ni gi lah cek result aku... JENG....JENG....JENG.....!!!!!
OWH.... TIDAK.....!!!!!!


tak sangka aku boleh dapat 3 POINT ke atas dan tak ada yang gagal langsung...
ALHAMDULILLAH... SYUKUR YA ALLAH...THANK YOU ALLAH... I LOVE YOU SO MUCH...
tak sangka yang selama ni aku asnyik ingat aku fail rupa-rupanya boleh lulus... betul lah cakap ibu kau.. kalau kita yakin kita boleh.. insyaAllah.. kita boleh...

syukur alhamdulillah.....!!! seronok nya...!!!!


so.. sem 2 ni aku nak struggle lebih lagi untuk dapat keputusan yang lebih lagi..insyaAllah...amin...
kepada kawan-kawan DET 1C... aku harap korang pun dapat apa yang aku dapat... lebih ke kurang ke tak kisah lah.. yang penting kita lulus.... dan sama-sama happy...

GOOD LUCK GUYS...!!!!!!

Monday, December 5, 2011

Assalammualaikum… dah lama tak update blog ni.. hehe.. maklum lah.. sibuk bekerja sikit.. daripada cuti sem ni tak ada buat apa-apa.. lebih baik aku bekerja.. dapat gak duit.. so far duit aku dah ada RM120.. ok lah tu daripada duduk melepak dekat rumah and tak tau nak buat apa.. errmmm…. Hari tu aku ada terbaca satu artikel ni yang berbunyi :-
“ Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan, 
akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.
Aku tertarik dengan artikel ni sebab ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian tanpa kita sedari. Selalunya orang susah nak mengaku kesilapan diri sendiri malah ada yang lebih teruk apabila ada seseorang yang telah melakukan kesilapan tetapi dia tak nak mengaku malah mencari salah orang lain pula. Apa salahnya sesekali kita merendahkan diri dan ego kita tu untuk scan balik apa yang telah kita lakukan. Dalam bahasa kasarnya “cermin lah diri tu sikit.” Mungkin kita rasa diri kita betul, tapi dari pandangan orang lain kita tak tahu.

Kalau ada kawan-kawan yang tegur tu jangan pula kita bermasam muka dengan dia. Mana lah tau dari kata-kata kawan kita tu kita boleh ubah yang kurang baik ke arah kebaikan. Wallalhualam.

Tuesday, November 15, 2011

FiNaL ExAm.....!!!!!

Pejam celik…pejam celik..dua paper dah habis..tinggal lagi dua paper [ ENGINEERING MATHEEMATICS and MEASUREMENT ]. Esok paper math..!! haha.. subjek kegemaran ramai kan..dalam hati ni tuhan je yang tau macam mana rassanya. Tapi kita kena relax, cool je..walaupun tak berapa nak cool. Kalau kita gelabah nanti takut semua yang kita dah study jadi lupa. So, kita kena cool je..yakin pada diri sendiri. Malam ni kena study betul-betul lah, masukkan semua bab dalam kepala cepat-cepat. Nasib baik final math ni dia suruh pilih 4 bab daripada 6 bab, so pilih 4 bab yang senang je lah tuk LULUS. Senang ke..?? InsyaAllah senang. Mintak-mintak lah LULUS. Tak nak aku repeat derr..fobia aku dengar perkattan tu. Untuk math ni aku harap lulus je pun dah cukup da… dapat B pun ok gak..tapi tak pe lah..aku target lulus je dulu.. lain daripada tu belakang citerr.. yang penting usaha. Kalau orang lain boleh buat kenapa aku tak boleh betul tak. Tengok pada usaha masing-masing lah. Usaha lebih dapat lebih, usaha sikit dapat lah sikit. Okay, for all student Politeknik Sultan Azlan Shah, especially class DET 1C, do and try the best for this final and GOOD LUCK. I hope no one from DET 1C repeat in the next semester. AMIN..AMIN..YA RABBAL A’LAMIN…


POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH
DET 1C 
GOOD LUCK GUYS.....!!!!

Monday, October 24, 2011

~ IBU ~

Ada apa dengan seorang ibu ??? Semua orang pasti pernah mendengar ayat “syurga terletak di bawah tapak kaki ibu”. Tapi sejauh mana kita menghargai ibu kita ? sebagaimana yang kita tahu, banyak anak yang telah membuat ibunya tak ubah seperti sampah. Di mana seorang ibu dihantar ke rumah orang tua-tua dengan alasan hanya untuk sementara sahaja kerana sibuk dengan kerja. Tetapi hari demi hari seorang ibu itu menunggu anaknya untuk membawanya pulang ke rumah. Harapan itu adalah sia-sia belaka. Ada juga yang sanggup membunuh ibu sendiri hanya kerana pentingkan diri sendiri. Nauzubillah. Ada juga yang sering melawan ibunya dengan bercakap kasar sehingga menitiskan air mata seorang ibu. Beginikah kita melayan dan membalas jasa ibu yang telah mengandungkan kita selama 9 bulan, menyusukan kita, memberi kita makan dan minum, menjaga dan mendidik kita sehingga kita berjaya dan hidup senang lenang pada saat ini. Ingatlah ada insan yang tidak sempat melihat ibunya kerana telah meninggal semasa bayi itu dilahirkan. Kita jarang bersyukur walaupun ibu kita masih ada di sisi kita. Kita sering sakiti hati ibu kita. Kita sering ingkar arahan ibu kita. Kita sanggup meninggikan suara kita kepada ibu kita. Tidakkah kita terfikir betapa kecewanya ibu kita jika kita berbuat demikian. Sanggupkah kita menitiskan air mata ibu kita ke bumi. Tahukah kita bahwa, redha Allah terletak pada redha seorang ibu. Jika ibu kita gembira dengan kelakuan kita, maka Allah turut gembira dengan kita. Tetapi jika hati ibu kita terluka dengan sikap kita, maka Allah akan murkai kita. Ibu adalah orang yang paling hebat di dunia. Di manakah terletaknya kehebatan seorang ibu itu ? jawapannya ialah doanya. Doa seorang ibu sangat makbul. Jadi ambil dan jaga lah hati ibu kita selagi dia masih ada di sisi kita. Jangan tunggu sehingga ibu kita sudah tiada baru kita menyesal seumur hidup. Masa itu, tidak ada guna lagi menitiskan air mata. Kita mingkin boleh cari ibu angkat, tapi nilainya tidak sama dengan ibu kandung kita. Ibu adalah anugerah Allah kepada kita. Kita patut hargainya dan  berbaktilah kepada ibu kita. Sedangkan kita bercakap “ ahh ” pada ibu kita pun sudah dikira derhaka kepada ibu kita. Seorang ibu boleh menjaga 10 orang anak, tetapi 10 orang anak belum tentu boleh menjaga seorang ibu. Masa ibu kita masih ada di sisi kita, kita selalu buat endah tak endah. Ada pula yang jarang balik ke kampung untuk menjenguk ibunya. Masing-masing sibuk mengejar harta dunia. Padahal ada harta yang tidak ternilai harganya yang kita tidak pedulikan. Ibu kita ternanti-nantikan kepulangan kita sehingga jatuh sakit. Ibu merindui anaknya sehingga sakit. Ada juga yang jarang balik ke kampung malah jauh sama sekali untuk menelefon ibunya bertanya khabar berita. Selagi ibu kita berada di muka bumi ini, selagi itu lah anak tidak berasa ibunya seolah-olah akan ada sampai bila-bila. Tahukah kita di manakah ibu kita sekarang ? Apakah yang ibu kita sedang lakukan ? Sihatkah ibu kita pada saat ini ? Selamatkah ibu kita pada masa ini ? Tahukah kita bila ajal ibu kita ? jawapannya sudah tentu kita tidak mengetahui ajal ibu kita. Kadang-kadang kita hanya menghargai sesuatu semasa kehilangannya sahaja. Kita tidak pernah menghargai sepenuh hati kita semasa ia ada di depan kita. Ingat lah..mereka iaitu ibu kita adalah pinjaman daripada Allah S.W.T. jangan kita menyesal suatu hari nanti atas kesilapan dan kelekaan kita. Sesungguhnya manusia selalu dalam kerugian dan kelalaian. Sanjung dan kasihi lah ibu kita kerana mereka banyak berkorban untuk kita. Mereka menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Renung  lah wajah ibu kita, peluk lah ibu kita, mungkin kali ini adalah renungan terakhir kita, mungkin ini pelukkan terakhir untuk ibu kita mungkin ini senyuman yang terakhir yang akan kita lihat sebelum Allah menjemputnya pulang dengan aman di alam lain. Yang paling penting sekali adalah doa kita kepada ibu kita. Doa lah untuk kesejahteraan ibu kita di atas muka bumi ini. Bagi ibunya yang telah meninggal dunia, sedekahkan lah Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T. SEKIAN.

~ LUAHAN HATI SEORANG INSAN ~

Monday, October 10, 2011

SUBAHANALLAH......!!!!!

MALAM NI AKU DIKEJUTKAN DENGAN BERITA YANG SUNGGUH MENAKJUBKAN. IAITU MENGENAI BULAN PADA MALAM 09/10/11 YANG ADA LINGKARAN PUTIH DI KELILINGNYA. MASYAALLAH....CANTIKNYA PEMANDANGAN BULAN PADA MALAM NI. AKU SUKA DENGAN TARIKH DIA YANG JUGA CANTIK [ 09/10/11 ]. TARIKH BERSEJARAH TU... APA-APA PUN BULAN MALAM NI MEMANG CANTIK...ITU LA KEKUASAAN ALLAH YANG TIDAK DAPAT DIDUGA...


Tuesday, August 23, 2011

PaNtUn rAyA....

Sempena hari raya yang bakal menjelma ni...apa kata kita berpantun mengikut loghat dari 11 negeri ni...

Kelantan... 
Make ikke cicoh budu 
Jange lupo tamboh satar 
Kelik rayo taksir laju 
Nanti rayo dale sepita 

Terengganu... 
Makang ubi jamang jepong 
Makang kepok cicah cuke 
Bulang pose mung bengong 
Bulang raye mung gile 

Pahang... 
Sepadan Pahang ada kasino 
Nasi dagang ikan patin 
Jange mu masam muko 
Raya makan rendang sadin 

Johor... 
Cegitu cegini awak suke 
Awak suke kite tak suke 
Esok luse hari raye 
Sama-sama bersuke rie 

Melaka... 
Hawau kau berak merate 
Kaki bengkak ulau patok 
Kalu balik naik kerete 
Jangan pandu kalau ngantok 

N. Sembilan... 
Masak lomak cili api 
Campo dongan! daun turi 
Hari rayo kolumpo sopi 
Tinggal penyamun dongan pencuri (org kolumpo jgn kocik ati!!) 

Selangor/K.Lumpur... 
Wa cakap lu wa tak tau 
Tapi wa tipu sama lu 
Raya jangan buat tak tau 
Angpau ada bagi gua dulu 

Perak... 
lai tempoyak ikan mayong 
Deroyan busok tebok tupai 
Pandu hemat ingat kampong 
Asal teman selamat sampai 

Kedah... 
Aloq Staq terketaq-ketaq 
Lapaq perut makan pau 
Macam mana tak ketaq 
Kena paksa bagi angpau 

Penang... 
Nasi kandaq kedai mamak 
Anak mami juai pesemboq 
Lepas raya usah dok triak 
Kalu ceti mai ikut dapoq 

Perlis... 
Padang besaq kecik aja 
Tempat siam lalu lalang 
Hari raya kita berbelanja 
Jangan sampai menambah utang