" BAJU INI HANYA BOLEH DILIHAT KERANA TERLALU MAHAL.."
Monday, August 22, 2011
~ RAYA PALING BERMAKNA ~
Bila pergi je kat Tanjong Malim tadi, mula lah rambang mata melihat busana-busana yang gah lagi menarik hati tu. Hati ni pun mula la rasa nak beli je. Dengan lagu raya berkumandang di sana sini. Ceh wah, apa lagi bertambah semangat la aku. Dalam nak tak nak tu aku pun beli je la baju kemeja sehelai dengan seluar jeans sehelai. Lagi pun lepas ni aku dah tak keluar dah kat Tanjong Malim tu kecuali untuk balik raya je. Tapi lepas habis cuti raya round balik. Dah tu je pekan yang ada yang berhampiran dengan Politeknik Sultan Azlan Shah ni. So, berbalik pada cerita aku shopping tadi, aku pun la dekat semua kedai baju sama ada yang jual baju murah dan baju mahal. Redah je, cuci mata la katakan. Kalau boleh banyak sebenarnya aku nak shopping baju raya, tapi memandangkan duit tak de la banyak mana pun, so terpaksa lah beli sehelai je. Harga sehelai dah berapa pulak. Aku ni dah la pantang tengok baju-baju baru ni, mula lah nafsu tu membuak-buak. Dan kalau boleh tiap-tiap hari aku nak beli baju raya. Hah kau, jangan main-main. Besar cita-cita tu.Tapi tahun ni beli sikit-sikit jelah (sikit la sangat..) ye lah tahun ni raya 5 hari je, sebab 4hb9 (ahad) aku da kena balik poli pulak, tapi boleh sambung raya kat poli kan..haha.. Tahun ni aku rasa antara raya yang paling seronok, sebab aku baru je dapat duit PTPTN and aku dapat capai impian aku untuk belikan ibu aku sepasang baju raya yang mana impian ni dah lama aku simpankan dan baru tahun ni terlaksana. Aku belikan baju raya untuk ibu aku warna oren dan secara automatiknya tema tahun ini adalah warna oren. Raya sakan lah aku lepas ni. Tambahan lagi, tahun ni aku study dekat PSAS, Perak. Maknanya aku dapat merasai perasaan teruja untuk "BALIK KAMPUNG". Hari jumaat depan aku akan balik kampung dengan menggunakan kereta api "ETS". Syok gila lah..tak sabar rasanya nak balik ke kampung halaman, rasa macam rumah tu memanggil-manggil nama aku je..haha..ok that's all for today. bye.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment