Assalammualaikum . [tak jawab dosa]
Hari yang aku tunggu-tunggu selama ni dah pun tiba . Apa yang aku tunggu sebenarnya ? ? Aku tunggu result aku keluar lah . Alhamdulillah , syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya aku LULUS semua paper yang aku ambil [text dah macam nak bagi ucapan dalam perhimpunan pagi je] . Tarikh 10 DECEMBER 2012 menjadi tarikh keramat bagi aku . HeHe . Even dah 2 hari berlalu , tapi keseronokkan yang beronok-ronok itu masih terasa lagi wa cakap sama lu . Tak sia-sia aku bersekang mata study sampai pukul 6 pagi , tapi tu untuk paper last je sebab subjek tu aku banyak benda tak faham . Study pun last2 minit , Alhamdulillah dapat juga B+ . Teror jugak aku sebenarnya..HaHa.. [perasan je lebih , jentik telinga baru tau] .
1 peperangan dah lepas . Sem depan dah start aku punya LI *(Latihan Industri) . Actually hari isnin depan dah start aku kena lapor diri . Tak lama je lagi . Harap aku dapat buat dengan jayanya . Aku pun LI dekat TNB yang dekat dengan rumah aku ni je . Tak jauh pun . Duit pun saving [errmmm....saving kerr...???] . Tapi satu benda je lah yang tak best . TNB tak bagi elaun la . Kedekut betul . Tak nak bayar bil elektrik baru tau [tak de kena mengena kan] . Tapi tak apa , yang penting dia kena bagi aku markah lebih untuk LI tu nanti . Kalau tak siap dia . Aku tembak guna kereta kebal . HiHiHi...kejam tak aku . Nanti bila dah LI mula lah kena buat report bagai . Kadang-kadang rasa excited pun ade bila dah nak LI ni . Rasa takut pun ade jugak . bukan pasal apa , takut aku tak tau nak buat apa nanti . Harap2 segala urusan aku depermudahkan oleh Alah s.w.t . Amin.. InsyaAllah .
By the way , aku nak ucapkan tahniah kepada diri aku sendiri dan juga kawan-kawan yang LULUS final exam . Kalau ade yang gagal tu jangan sedih-sedih . Cuba lagi jangan putus asa , itu mungkin ujian daripada Allah . Lastly , I hope korang semua buat kerja elok-elok masa LI nanti . Jangan nakal-nakal [ceh wah] . And the most importannt thing jaga keselamatan diri anda , kerana diri mu begitu berharga . HaHaHa.... [sempat lagi buat iklan] . Okay... TaTa... TiTi...TuTu...
Wednesday, December 12, 2012
Wednesday, December 5, 2012
Baru Dapat Lesen Kereta ! ! ? ?
Assalammualaikum , selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia .
Bila korang tengok je title entry aku ni mesti korang ingat aku baru dapat lesen kereta kan . Betul ke aku baru dapat lesen ? ? HaHa.. Sebenarnya aku memang dah ada dah lesen kereta and dah lama dah aku dapat lesen kereta tu . By the way dah full pun lesen tu [kira tak payah tampal P lagi lah kat kereta]
Tapi kenapa kenapa aku cakap aku baru dapat lesen kerata ? ?
Petang tadi , Ibu aku hantarpesanan ringkas [message] kat aku suruh aku isi minyak kereta ayah aku sebab minyak kereta tu dah nak habis . So aku pun reply lah : -
Bila korang tengok je title entry aku ni mesti korang ingat aku baru dapat lesen kereta kan . Betul ke aku baru dapat lesen ? ? HaHa.. Sebenarnya aku memang dah ada dah lesen kereta and dah lama dah aku dapat lesen kereta tu . By the way dah full pun lesen tu [kira tak payah tampal P lagi lah kat kereta]
Tapi kenapa kenapa aku cakap aku baru dapat lesen kerata ? ?
Sebenarnya citer dia macam ni . . . . . . . . . . . .
Petang tadi , Ibu aku hantar
Aku : Okay , kejap lagi lah .
Ibu : Orait .
[ perlu ke aku citer benda macam ni , sepak kang baru tau . . ]
Tak lama kemudian , dalam pukul 8 macam tu aku pergi ambik kereta ayah aku lepas tu aku start enjin.. Nak tau apa jadi ?? kejap2 enjin padam.. kejap2 enjin padam.. macam baru first time pegang stereng kereta dah gayanya . [rasa macam nak menjerit pun ada time tu] Ade orang yang tengok aku time tu aku rasa dia macam nak tolong bawa kan je kereta tu untuk aku . Benda ni terjadi sebab aku dah biasa bawa kereta aku , and kereta aku clutch 'nya tinggi tapi clutch kereta ayah pulak rendah sesangat [dah macam kereta racing] So sebab tu lah aku awkward sangat bila bawa kereta ayah aku . Aku pun terpaksa lah bawa juga pergi ke stesen minyak tu . Then , alhamdulillah sampai juga ke destinasi yang dihajati . Aku turun pergi kat kaunter and cakap kat akak casher tu : -
Aku : Kak , nak isi minyak . [macam bodoh je soalan aku kan]
Akak casher : Berapa ?
Aku : RM135 .
Akak casher : Banyaknya , muat ke kereta tu ?[banyak tanyak pulak akak ni]
Aku : Muat , saya ada bawa tong sekali .
Lepas aku selesai isi minyak , aku pun balik . [memang lah , tak kan nak tido situ pulak] Dalam perjalanan balik tu aku tengok banyak kereta yang potong kereta aku . Dalam hati aku pun cakap (diorang ni nak pergi mana malam2 bawa laju2) Lepas tu aku terpandang meter kereta ayah aku tu . Nak tau berapa laju aku bawa ??
. . . 40KM/h . . .
[ jangan bagi tau orang lain tau]
Patut lah semua laju semacam je . Rupanya aku yang bawa slow . Mesti ada yang maki2 aku sebab bawa kereta lembab nak mampos . [tapi tak apa lah , baru selamat kata kau]
![]() |
| Pompuan jugak yang dipersalahkan...HaHa..(Ada Aku Kesah) |
Itu lah yang aku kata aku dah macam baru dapat lesen kereta . Teringat masa baru dapat lesen kereta dulu , macam tu lah aku bawa kereta . [tapi sekarang kalau bawa kereta macam tak cukup jalan tar aku rasa] . Finally , aku selamat sampai dekat rumah [ mana tak nya , bawak 40km/h]
Okay tu je lah yang aku nak share sebenarnya . Saja nak isi masa lapang sambil buat semak je citer macam ni dalam blog aku ni . Orait , that's all for today . TaTa .... TiTi.... TuTu....
Tuesday, December 4, 2012
My Paberet *(Favorite) Cartoon's
Assalammualaikum....,,,
Citer ni aku tengok masa kecik2 dulu , masa ni aku tadika lagi kot . aku memang minat sangat tengok kartun ni dekat TV . Then , sebab aku suka sangat tengok kartun ni masa tu , so parents aku belikan aku tape kartun pink panther ni . Ye lah dulu kan pakai tape jerr , mana ada CD lagi masa tu . And aku akan tengok kartun ni berulang-ulang kali sampai nak muntah dah . Kira kalau nak aku citer kan balik pun boleh dah masa tu . Dah hafal dari A to Z . Muzik dia pun aku dah boleh hafal . [Dasyat tak..??] Kalau aku tengok balik sekarang ni pun aku rasa aku still hafal lagi jalan citer pink panther ni . Citer ni aku suka tengok sebab dia lawak nak mampos , lepas tu citer dia dalam bentuk silent comedy . Maknanya dia tak cakap apa-apa tapi just tengok gelagat dia je aku dah gelak sorang-sorang sampai setengah mati .
kartun Tom & Jerry ni pun aku still suka tengok sampai sekarang sebab dia kelakar jugak . Then citer kartun ni mengisahkan tentang Tom [kucing] dengan Jerry [tikus yang agak comel nak mati] dan tiap kali diorang berjumpa je mesti nak gadoh punya . Kalau tak Tom yang kejar Jerry , Jerry yang akan kejar Tom balik . Best juga tengok diorang gadoh2 manje gitu kan . And sometimes Tom & Jerry ni boleh berbaik baik untuk melawan musuh diorang berdua ni . Lebih kurang cenggitu lah citer dia . [nak tau lebih tengok lah sendiri]
Citer ni antara kartun yang paling aku suka tengok sejak aku sekolah rendah lagi sampai lah saat dan detik ini aku still tengok lagi . Citer ni selalu keluar dekat Ntv7 setiap hari sabtu , pukul 7.30 p.m . [wah..siap promote lagi kau] citer doraemon ni antara kartun yang lama sejak dari Januari 1970 sampai lah sekarang ni yang keluar dekat TV tu . Doraemon ni asalnya daripada komik kemudian dia beralih dalam bentuk animasi . Citer Doraemon ni berkisah tentang robot kucing [yang ada poket tu , tak pernah aku jumpa kucing yang ada poket] yang datang dari abad ke-22 . Doraemon ni tugas sebenar dia untuk tolong Nobita yang pemalas tahap gaban dan always nak mintak tolong dengan doraemon [kalau doraemon ada dalam rumah aku pun aku buat benda yang sama macam Nobita tu buat juga..hehe...] Aku suka tengok citer ni bila Doraemon keluar kan barang dari poket dia . Benda yang dikeluarkan tu mesti benda yang tak terfikir oleh kapala hotak korang sebab dia canggih gila B*** tu satu dan lagi satu dia unik . And then kalau benda tu betul-betul wujud mesti syok kan . [terutama bagi orang yang pemalas macam Nobita tu]
Citer kartun ni best jugak sebab dia lain daripada yang sebelum ni . Citer dia pasal Conan yang asalnya besar lepas tu dia jadi kecik sebab ada orang jahat bagi Conan minum racun . Citer ni pasal penyiasatan sebenarnya dan best siott tengok jalan citer dia , cara Conan selesaikan masalah [memang terbaiikkk la wa cakap sama lu] . Detective Conan ni ada dua bentuk , satu dalam bentuk orang betul2 berlakon dan satu lagi dalam bentuk animasi . Aku lebih suka yang dalam bentuk animasi [macam sengal juga aku ni kan , dah kata tadi favorite cartoon , of course lah dalam bentuk animasi] dan sejak akhir2 ini akak aku suka citer Detective conan ni sampai banyak buku komik termasuk CD Conan pun dia beli . aku pun apa lagi , tumpang sekaki lah tengok citer ni .
Kartun ni merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studio's . Citer mengisahkan 4 orang sekawan yang ada kuasa super yang kononnya nak melindungi bumi dari ancaman musuh . Citer ni gempak jugak lah , kelakar dan tak boring . Pernah juga aku tengok citer ni sorang2 sampai terkeluar air mata wa cakap sama lu . [kelakar sangat lah tu] Bagi aku memang kelakar lah . Citer ni memang best sebab kelakar dan sama macam trade mark BoboiBoy iaitu memang "TERBAIIKKKK !!! "
Tengok tajuk je aku rasa korang dah tau aku nak citer pasal apa . So kali ni aku nak story sikit pasal aku punya favorite cartoon's sejak dulu [Masa kecik2] sampai lah sekarang ni . Korang pun mesti suka tengok kartun kan masa dolu-dolu even sekarang pun ada yang still tengok kan . Ngaku je lah . Ada yang tengok sampai tak berkelip mata , sampai meleleh air liur pun ade [ish...ish...ish...] Sebenarnya citer kartun ni best tengok sebab dia boleh release tension , juga boleh menceriakan hari kita bila kita tengok jalan citer kartun tu . Kartun ni ade macam2 jenis . So depends pada individu lah dia suka kartun yang macam mana sekali pun .
1. The Pink Panther
Citer ni aku tengok masa kecik2 dulu , masa ni aku tadika lagi kot . aku memang minat sangat tengok kartun ni dekat TV . Then , sebab aku suka sangat tengok kartun ni masa tu , so parents aku belikan aku tape kartun pink panther ni . Ye lah dulu kan pakai tape jerr , mana ada CD lagi masa tu . And aku akan tengok kartun ni berulang-ulang kali sampai nak muntah dah . Kira kalau nak aku citer kan balik pun boleh dah masa tu . Dah hafal dari A to Z . Muzik dia pun aku dah boleh hafal . [Dasyat tak..??] Kalau aku tengok balik sekarang ni pun aku rasa aku still hafal lagi jalan citer pink panther ni . Citer ni aku suka tengok sebab dia lawak nak mampos , lepas tu citer dia dalam bentuk silent comedy . Maknanya dia tak cakap apa-apa tapi just tengok gelagat dia je aku dah gelak sorang-sorang sampai setengah mati .
2. Tom & Jerry
kartun Tom & Jerry ni pun aku still suka tengok sampai sekarang sebab dia kelakar jugak . Then citer kartun ni mengisahkan tentang Tom [kucing] dengan Jerry [tikus yang agak comel nak mati] dan tiap kali diorang berjumpa je mesti nak gadoh punya . Kalau tak Tom yang kejar Jerry , Jerry yang akan kejar Tom balik . Best juga tengok diorang gadoh2 manje gitu kan . And sometimes Tom & Jerry ni boleh berbaik baik untuk melawan musuh diorang berdua ni . Lebih kurang cenggitu lah citer dia . [nak tau lebih tengok lah sendiri]
3. Doraemon
Citer ni antara kartun yang paling aku suka tengok sejak aku sekolah rendah lagi sampai lah saat dan detik ini aku still tengok lagi . Citer ni selalu keluar dekat Ntv7 setiap hari sabtu , pukul 7.30 p.m . [wah..siap promote lagi kau] citer doraemon ni antara kartun yang lama sejak dari Januari 1970 sampai lah sekarang ni yang keluar dekat TV tu . Doraemon ni asalnya daripada komik kemudian dia beralih dalam bentuk animasi . Citer Doraemon ni berkisah tentang robot kucing [yang ada poket tu , tak pernah aku jumpa kucing yang ada poket] yang datang dari abad ke-22 . Doraemon ni tugas sebenar dia untuk tolong Nobita yang pemalas tahap gaban dan always nak mintak tolong dengan doraemon [kalau doraemon ada dalam rumah aku pun aku buat benda yang sama macam Nobita tu buat juga..hehe...] Aku suka tengok citer ni bila Doraemon keluar kan barang dari poket dia . Benda yang dikeluarkan tu mesti benda yang tak terfikir oleh kapala hotak korang sebab dia canggih gila B*** tu satu dan lagi satu dia unik . And then kalau benda tu betul-betul wujud mesti syok kan . [terutama bagi orang yang pemalas macam Nobita tu]
4. Detective Conan
Citer kartun ni best jugak sebab dia lain daripada yang sebelum ni . Citer dia pasal Conan yang asalnya besar lepas tu dia jadi kecik sebab ada orang jahat bagi Conan minum racun . Citer ni pasal penyiasatan sebenarnya dan best siott tengok jalan citer dia , cara Conan selesaikan masalah [memang terbaiikkk la wa cakap sama lu] . Detective Conan ni ada dua bentuk , satu dalam bentuk orang betul2 berlakon dan satu lagi dalam bentuk animasi . Aku lebih suka yang dalam bentuk animasi [macam sengal juga aku ni kan , dah kata tadi favorite cartoon , of course lah dalam bentuk animasi] dan sejak akhir2 ini akak aku suka citer Detective conan ni sampai banyak buku komik termasuk CD Conan pun dia beli . aku pun apa lagi , tumpang sekaki lah tengok citer ni .
5. BoboiBoy
Kartun ni merupakan sebuah siri animasi Malaysia yang diterbitkan oleh Animonsta Studio's . Citer mengisahkan 4 orang sekawan yang ada kuasa super yang kononnya nak melindungi bumi dari ancaman musuh . Citer ni gempak jugak lah , kelakar dan tak boring . Pernah juga aku tengok citer ni sorang2 sampai terkeluar air mata wa cakap sama lu . [kelakar sangat lah tu] Bagi aku memang kelakar lah . Citer ni memang best sebab kelakar dan sama macam trade mark BoboiBoy iaitu memang "TERBAIIKKKK !!! "Monday, December 3, 2012
Musim Buah Kini Melanda
Membeli belah pagi2 buta;
Pergi dengan menaiki beca;
Awal bismillah pembuka kata;
Assalammualaikum buat pembaca.
Cehwah...bajet-bajet ada je orang yang baca blog kau kan..tapi A.A.K [Ada Aku Kesah]..haha.. Hurmm..shut up not shut up [diam tak diam] dah lama tak menjenguk blog aku ni hah..dah naik berhabuk dah pun..ish..ish...ish..teruknya kau..anak sapa la ni. Tapi apa ada hal..Ini pun mungkin disebabkan aku dah tak tau nak buat apa kalau aku buka lappy aku ni..sebab sekarang aku dah berada dalam semester break..eleh tak lama pun..ada la dalam 3 minggu macam tu..setelah penat berhempas pulas memerah otak untuk final exam dengan bersengkang mata tiap-tiap malam selama 1 minggu sambil ditemani oleh nota-nota ku yang tersayang [Sayang Lah Sangat] dan harap-harap membuahkan hasil dengan LULUS dengan cemerlang InsyaAllah.
Okay lah aku nak citer sikit pasal entry aku kali ni aku nak citer pasal musim buah.. sapa-sapa yang ada kampung then kat kampung dia tu pulak ada kebun buah ke or kat halaman rumah korang pun ade tanam buah-buahan such as buah rambutan ke manggis ke untung lah korang and especially buah durian yang sekarang ni tengah bersepah-sepah ada jual kat tepi-tepi jalan tu.. dan nak dijadikan cerita..aku pernah terlanggar buah durian yang tetiba ada kat tengah jalan..bunyi macam pelik kan..?? Citer dia macam ni..[Jeng Jeng Jeng] (bunyi muzik sikit) Di suatu pagi yang hening dengan cahaya matahari yang menyinar [tak payah nak sastera sangat lah beb] masa tu aku tengah bawa kereta nak keluar dengan kawan aku beli barang kot masa tu, then sambil jalan tu aku tarik seat belt dan apabila aku pandang je depan dengan tak disangka-sangka ada sebiji durian ada dekat tengah jalan..aku pulak tak sempat nak elak then aku hanya meredhakan saja kereta aku langgar buah durian yang tidak berdosa itu..tapi nasib baik tak kena tayar and kereta aku pun takda calar balar akibat incident tu..
Berbalik kepada cerita buah tadi, kiranya aku ni langkah kanan lah sebab balik je kampung lepas habis exam dalam musim buah-buahan.. So kerja aku dekat rumah duk melantak buah je lah.. Buah rambutan je yang aku makan dekat rumah sebenarnya..bunyi macam banyak je kan..ada juga buah durian dalam rumah aku ni..tapi aku tak makan durian lah.. [bajet orang putih je] skit tu makan lah juga..tak tau lah sebab apa aku tak makan sangat durian ni tapi kalau durian tu dibuat 'tempoyak' aku makan lah. Disebabkan tak ada sapa yang nak melantak buah durian tu then ibu aku buat lah tempoyak and hasilnya berbotol-botol jugak lah..lepas tu apa lagi passing la dekat sedara mara habis cerita. Tapi gambar tempoyak berbotol-botol tu aku tak sempat nak ambil sebab ibu aku buat and the next day dia terus bagi dekat sedara mara yang aku sebut tadi. So tak sempat lah aku nak snap even secebis gambar pun.. okay tu je lah yang nak aku share kan dalam blog ni...semoga anda yang membaca terhibur [ada ke orang nak baca] HAHAHAHA....!!!! Ada Aku Kesah..!! Peace No War..!!!
Friday, August 17, 2012
Ingat Lah Orang Yang Dalam Kesusahan
Walaupun Hari Raya Aidilfitri semakin hampir..Hanya tinggal 1 hari je lagi..tapi kita kena ingat..mungkin ada yang di antara kita yang sedang bersedih atas permergian orang yang tercinta. Nasib ini sebenarnya dilalui oleh rakan sekelas aku sendiri iaiti Nasharuddin Bin Zainal. Sebenarnya dia baru sahaja kehilangan bapa pada hari khamis pukul 11 pagi semalam. Pada hari itu lah hari yang ditunggu-tunggukan oleh semua student kelas aku sebab nak balik kampung masing-masing jumpa keluarga dan sanak saudara. Tapi apa perasaan korang bila korang nak balik kampung lepas tu terima berita yang salah satu daripada keluarga korang dah pergi buat selama-lamanya. Kalau aku mestilah aku sedih sebab tinggal 2 hari je nak sambut Aidilfitri. Siapa j yang tak sedih kan. Tapi nak buat macam mana, Allah lebih sayangkan dia sebab tu Allah jemput dia dalam bulan puasa.
Mungkin ada hikmah disebalik sesuatu yang berlaku. Kita sebagai anak kena lah banyakkan berdoa, bersabar dan sedekahkan Al-Fatihah semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin insyaAllah. Sebagai rakan sekelas aku jugak bersimpati dengan Nasha, mungkin hari ni hari dia, esok lusa mungkin akan tiba hari aku pula. Apa yang kita boleh buat ialah doa banyak-banyak semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik dan panjangkan umur ibubapa kita yang masih hidup. Amin...Ya Rabbal Alamin..
Dekat sini jugak aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan salam takziah kepada Nasharuddin sekeluarga. Banyakkan bersabar ye..
Wednesday, August 15, 2012
Balik Kampung..oh..oh..Balik Kampung
Menjelang hari raya...berakhirnya puasa...
Ceh wah...tak sabar nak balik kampung esok...
So..kat sini saya ingin mengambil kesempatan kepada semua yang akan pulang ke kampung halaman..pandu lah dengan berhati-hati..semoga sampai dengan selamat ke tempat yang hendak dituju..tak payang nak bawa kereta or motor tu laju-laju..kalau bawa slow pun sampai jugak...kan...kan...kalau boleh elakkan dari terlibat dalam kemalangan jalan raya..maklum lah dekat-dekat nak raya ni makin banyak pulak accident..
kalau kita rasa macam kita terbawa laju tu...ingat lah orang yang tersayang yang sedang menantikan kepulangan kita..InsyaAllah..kita akan pandu dengan cermat..kalau tak jadi jugak tu tandanya hati korang tu keras..hehehe...tak makan saman punya orang..
Kepada budak-budak sekolah untung lah diorang boleh balik hari ni..sebab esok diorang start cuti sekolah..bagi student Politeknik macam aku ni terpaksa lah tunggu sehari lagi..esok baru balik..eleh..sehari je pun..balik kampung hari ni ke esok ke raya tetap hari ahad jugak..hehehe...
Hari ni adalah hari terakhir aku berbuka puasa dengan member-member serumah aku untuk tahun ini..sambil disulami dengan air hujan yang mencurah-curah..macam dah tau je kitorang nak balik esok..insyaAllah..semester 5 nanti kita puasa sama-sama lagi..
Di kesempatan ni jugak aku nak minta maaf kepada semua orang terutama kepada keluarga yang tersayang..tak lupa kepada teman-teman yang dikasihi.. aku nak minta maaf kalau aku ada terkasar bahasa atau terkasar perbuatan yang buat korang sakit hati..minta maaf lah banyak-banyak..aku ni manusia biasa tak lari dari melakukan kesilapan...
ermm...apa nak cakap lagi ye....
hah..raya ni kalau ada kesempatan jemput lah datang ke rumah...dan kepada mak2 saudara, bapak2 saudara dan sepupu sepapat sekalian..sediakan lah duit raya secukupnya..kalau boleh tahun ni naik kan lah angka tu sikit..hihihi...bak kata orang " Setahun sekali " lah kata kan... bukannya selalu dapat duit raya kan..
So...saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir & Batin... Raya ni jaga diri elok-elok..kalau makan lemang ke ketupat dengan rendang tu makan pelahan-pelahan..nanti tercekik pulak dekat rumah orang..parah pulak nanti..
Okay..that's all...Peace No "Mercun" ...!!! Take Care...!!! hehehe...
Sunday, August 12, 2012
Aura Raya @ Aidilfitri
Kini tiba masanya berhari raya...
Muslimin dan muslimat, sembahyang bersama...
Menyembahkan diri pada yang kuasa...
bermaaf dan maafan di antara kita...
Amboi...layan lagu raya nampak. Best tau lagu raya ni, nyanyian Sanisah Huri yang berjudul Aidilfitri. Cuba lah korang layan lagu ni..mesti ada yang menangis bila dengar lagu ni. Aku tak ada lah nangis bagai, tapi terus teringat dekat kampung halaman.
Tak sabar nak balik kampung nak sambut aidilfitri. Seronok gak belajar jauh-jauh ni, boleh rasa macam mana perasan nak balik kampung berhari raya. Serius tak sabar beb.. 4 hari je lagi, maka berangkat lah aku ke kampung halaman yang tercinta.. ceh wah.. kalau dekat kampung sekarang ni mesti dah meriah dengan bunyi mercun kan. kebaabom sana...kebaabom sini... tapi kena ingat juga, jangan sampai putus sana sini. nanti susah pulak nak makan ketupat ke lemang ke rendang ke.. Perrgghhh.. itu yang sodap tu.. so dalam kesempatan ini, aku nak nasihatkan korang supaya main mercun tu hati-hati.. hehehe.. macam iklan dekat TV pulak..
Tapi dalam menghitung hari nak balik kampung ni, teringat pulak aku dekat assignment yang tak siap-siap lagi. Semua kerja tu nak kena hantar hari selasa dengan rabu ni.. masa nak dekat raya ni pulak lecturer nak bagi banyak kerja.. bagi sikit-sikit dah lah.. hihihi... (Nak sikit buat POLITEKNIK sendiri lah..) InsyaAllah moga Allah permudahkan urusan dan meringankan bebaban ku..Amin....
Sambung balik cerita pasal aura raya, lagu raya pun dah bersepah-sepah kleuar dekat radio. Bila bawak kereta je, buka radio mesti ada lagu raya. Itu yang menambahkan lagi semangat nak raya tu. Semangat..semangat juga, aku punya baju melayu dengan kasut tak beli lagi ni..susah-susah sangat aku pakai je baju melayu tahun lepas, habis cerita..duit pun jumat..hehehe.. tapi bab kasut mesti kena beli, sebab kasut lama dah nak koyak dah.. aku balik hari khamis ni, so aku ada masa hari jumaat dengan hari sabtu je, hari ahad tu dah raya dah.. So, hopefully semuanya berjalan dengan lancar lah.. okay.. see yaa...
Subscribe to:
Posts (Atom)















